awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
PM Ireland gesa EU kenakan sekatan terhadap peneroka haram Israel, menteri sayap kanan
SUKAN
Cristiano Ronaldo bakal tandatangani kontrak baharu 2 tahun bersama Al Nassr
MALAYSIA
Kajian MaCoS jadi input penting rangka negara bebas rasuah - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

EURO 2024: Martinez sedia turunkan Ronaldo untuk cipta satu lagi sejarah

Astro Arena
Astro Arena
26/06/2024
06:00 MYT
Sponsor Banner
EURO 2024: Martinez sedia turunkan Ronaldo untuk cipta satu lagi sejarah
Martinez dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Ronaldo bukanlah pemain yang akan direhatkan. - Stadium Astro
ROBERTO Martinez mengesahkan bahawa Cristiano Ronaldo akan membarisi kesebelasan utama Portugal menjelang perlawanan terakhir peringkat Kumpulan F, EURO 2024 menentang Georgia awal pagi esok bagi mencipta satu lagi sejarah dunia.
Seandainya diturunkan, kapten Portugal itu akan menjadi pemain Eropah pertama melakukan 50 penampilan dalam kejohanan utama dan aksi menentang Georgia itu juga akan menjadi penampilannya yang ke-28 dalam EURO.
Selecao sudahpun mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 selaku juara Kumpulan F selepas kemenangan 3-0 ke atas Turkiye dan 2-1 ke atas Czechia sebelum ini.
Dengan itu, Martinez dijangka akan merehatkan barisan utamanya tetapi pengurus berbangsa Sepanyol berkenaan dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Ronaldo bukanlah pemain yang akan direhatkan.
"Saya boleh katakan yang kapten kami akan berada bersama pasukan pemula. Ia amat penting. Dia hanya beraksi satu perlawanan persediaan.
"Musimnya amat konsisten dan dia bermain dalam setiap perlawanan. Dia memiliki banyak minit permainan bersama kelabnya.
"Untuk meneruskan rentak kompetitifnya, ia tidak bagus untuk menghentikannya ketika ini dan kembali beraksi selepas enam hari.
"Kami bersedia untuk memenangi perlawanan ini. Saya percaya integriti kejohanan ini amat penting," katanya.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Euro 2024
#Cristiano Ronaldo
#Portugal
#lakar sejarah
#Roberto Martinez
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami