awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari

Sinar Harian
Sinar Harian
21/05/2023
23:40 MYT
Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari
Muhammad Hawari dilaporkan hilang pada pagi Jumaat selepas berjaya menawan puncak Gunung Everest dan turun berehat di Kem Empat. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Ramai netizen menitipkan doa kepada seorang pendaki, Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu ketika menuju Kem 3 selepas berjaya menawan puncak Everest.
Menjengah ke ruangan Facebook milik Muhammad Hawari yang bernama Hawari Warie, rata-rata mendoakan Muhammad Hawari ditemui dalam keadaan selamat selain urusan pencariannya dipermudahkan.
"Moga ALLAH permudahkan segalanya dan selamat kembali ke Malaysia," komen pengguna akaun Facebook bernama Zaihan Dahalan Fyierannisa.
Pengguna akaun Facebook Sharin Omar pula berharap operasi mencari dan menyelamat (SAR) Hawari turut dipermudahkan.
Selain itu, Siti Norkhadijah turut berharap perkara sama meminta semua pihak mendoakan keselamatan buat Hawari.
"... diharap sahabat selamat ditemui serta ALLAH permudahkan segala urusan," katanya.
Mei Mei pula berharap Hawari sihat dan selamat manakala Anna Tok berharap pendaki Everest itu selamat kembali ke tanah air.
Memetik laporan berita daripada media tempatan Nepal, The Himalayan Times (THT) pada Sabtu, Muhammad Hawari, berjaya menawan puncak Everest pada Khamis sebelum dilaporkan hilang.
Pengarah Pioneer Adventure Pvt Ltd, Nivesh Karki berkata, Muhammad Hawari, 33, dilaporkan hilang pada pagi Jumaat selepas berjaya menawan puncak gunung berkenaan dan turun berehat di kem empat.
Ujar Nivesh, usaha pencarian sedang giat dijalankan termasuk menyampaikan mesej ke semua kem sama ada Muhammad Hawari ada berteduh di khemah lain.
Menurut sumber, Muhammad Hawari dilaporkan keluar dari kem empat secara bersendirian pada awal pagi tanpa pengetahuan malim gunung.
Muhammad Hawari berasal dari Pulau Pinang dan kini bertugas di Muzium Pulau Pinang.
Pada 2 April lalu, misi ME 2023 disertai oleh Muhammad Hawari dan tiga pendaki lain melibatkan ketua misi, Azim Afif Ishak, 35, Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55, dan Tiong Ling Yang, 30.
Bagaimanapun Awang Askandar dilaporkan berhadapan masalah kesihatan ketika berada di paras 8,000 meter dari aras laut dan meninggal dunia di kem empat pada 10.30 pagi waktu Nepal (12.45 waktu Malaysia) pada Jumaat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhammad Hawari Hashim
#Everest
#hilang
#operasi mencari dan menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan