awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Exco kesihatan negeri bertanggungjawab pastikan peruntukan KKM diguna secara optimum - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
11/04/2023
07:29 MYT
Exco kesihatan negeri bertanggungjawab pastikan peruntukan KKM diguna secara optimum - Dr Zaliha
Dr Zaliha mengingatkan bahawa setiap kerajaan negeri adalah bertanggungjawab untuk memastikan peruntukan KKM menerusi Belanjawan 2023 digunakan secara optimum dalam memenuhi keperluan rakyat. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mengingatkan bahawa setiap kerajaan negeri adalah bertanggungjawab untuk memastikan peruntukan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Belanjawan 2023 digunakan secara optimum dalam memenuhi keperluan rakyat.
"Di bawah Belanjawan 2023, KKM merupakan kementerian yang menerima peningkatan peruntukan kedua terbesar selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan awam.
"Saya ingin menegaskan bahawa peruntukan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Perpaduan dilakukan setelah membuat penelitian terperinci terhadap keperluan dan kepentingan rakyat di setiap negeri selaras dengan konsep Malaysia MADANI," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Dr Zaliha mempengerusikan mesyuarat pertama bersama Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Kesihatan setiap negeri di ibu pejabat KKM.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Feb lepas berkata KKM menerima peruntukan kedua terbesar dengan peningkatan sebanyak 12 peratus kepada RM36.3 bilion berbanding RM32.4 bilion pada tahun lalu.
Dr Zaliha berkata mesyuarat berkenaan turut membentangkan isu-isu penting mengenai Kertas Putih Kesihatan, Perbelanjaan dan Projek Pembangunan KKM, dan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).
Oleh itu, beliau menggesa setiap Exco kesihatan negeri agar dapat memainkan peranan aktif dalam memastikan pembentangan Kertas Putih Kesihatan dapat direalisasikan.
"Saya juga berharap agar mesyuarat ini akan dijadikan platform yang menjadi pemangkin untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan bagi mewujudkan masyarakat Malaysia MADANI yang sihat sejahtera," katanya.
Beliau berkata penganjuran mesyuarat itu turut membuktikan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di setiap negeri, selain merupakan satu platform bagi membentangkan maklumat khusus untuk perbincangan dan keputusan ahli mesyuarat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zaliha Mustafa
#Exco Kesihatan
#Belanjawan 2023
#peruntukan KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan