awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langkah tingkat perbelanjaan pelancong fokus utama VM2026 - Tiong
Mak nyah pertama didakwa di Kelantan kerana tukar jantina
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Exco Selangor tidak bayar duit lukisan Pak Samad

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
02/04/2014
00:00 MYT
Exco Selangor tidak bayar duit lukisan Pak Samad
Seorang exco Selangor didakwa tidak membayar harga dua buah lukisan yang dibeli daripada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
Dua buah lukisan itu dikatakan dibeli untuk dihadiahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Saya katakan kepada exco itu kalau mahu lukisan saya perlulah dibayar kerana itu sumber rezeki saya.
"Jadi dia tanya saya berapa harga lukisan itu? Saya katakan harga sekeping lukisan saya biarpun tidak cantik RM8 ribu," kata Samad semasa menyampaikan ucapan ringkas di majlis pelancaran novel Sungai Mengalir Lesu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Selasa.
Pada awalnya, pendedahan mengenai perbuatan exco Selangor menganiaya Sasterawan Negara itu didedahkan oleh penulis Uthaya Sangkar SB ketika mengulas mengenai novel Sungai Mengalir Lesu.
Novel Sungai Mengalir Lesu yang diulang cetak kali keempat dilancarkan dengan rasminya, Selasa.
Selain Uthaya, Senator Dr Syed Husin Ali turut menjadi pengulas novel yang diterbitkan kembali oleh Wira Bukit Sdn Bhd dengan kerjasama Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).
Sungai Mengalir Lesu mengisahkan tentang kehidupan penduduk di sebuah kampung di Singapura semasa zaman pendudukan Jepun pada tahun 1940-an.
Topic Berkaitan
#A. Samad Said
#Abdul Khalid Ibrahim
#Anwar Ibrahim
#sastera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan