PELUMBA Formula 1 pasukan Haas, Romain Grosjean terlibat dalam kemalangan yang disifatkan antara paling dramatik dan bahaya dalam sejarah Formula 1 di pusingan pertama Grand Prix Bahrain pada Ahad.
Nasib memihak kepadanya apabila berjaya keluar daripada jentera yang terbakar sebelum memanjat penghadang litar untuk menjauhkan diri daripada kenderaan berkenaan.
Jentera pelumba itu dilaporkan hilang kawalan ketika sedang bersaing lalu merempuh tembok litar sebelum terputus dua dan terbakar.
Menurut pengurusan pasukan Haas, Grosjean mengalami kecederaan ringan melecur pada bahagian tangan dan pergelangan kaki.
Beliau bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan yang baik selepas mendapatkan rawatan dengan pasukan perubatan di unit kecemasan.
Susulan kejadian itu, perlumbaan dihentikan serta-merta dan pihak penganjur segera menutup rakaman kamera siaran langsung.
Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menyatakan kesyukuran kerana kejadian itu tidak melibatkan kematian.
“Saya sangat bersyukur Romain selamat. Wow ... risiko yang kita (pelumba F1) bukan perkara biasa, bagi anda di luar sana yang tidak tahu tentang risiko yang kami hadapi dalam industri sukan ini.
“Terima kasih kepada FIA atas tindakan pantas yang diambil terhadap Grosjean untuk memastikannya selamat daripada kejadian itu.
Agensi
Sun Nov 29 2020

Jentera pelumba itu dilaporkan hilang kawalan ketika sedang bersaing lalu merempuh tembok litar sebelum terputus dua dan terbakar. Gambar/ Twitter @F1

Perhimpunan Agung UMNO ditangguh, pemilihan parti diteruskan
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO akan ditentukan kemudian.

Lebih 500 individu daftar sebagai sukarelawan vaksinasi fasa percubaan di HUS
Lebih daripada 500 sukarelawan telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam percubaan vaksin COVID-19 di Sarawak.

Rasuah bekas Presiden Korea Selatan, pewaris Samsung Group dihukum penjara
Pewaris syarikat gergasi teknologi, Samsung Group (Samsung), Lee Jae-yong dihukum penjara dua setengah tahun kerana didapati bersalah merasuah bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye pada 2015.

Larang Rentas Negeri | Tinjauan Lorong tikus di Pasir Puteh
Sepanjang dua jam wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad berada di Kg Golok, Pasir Puteh, Kelantan. Sepanjang membuat tinjauan, didapati berlaku aktiviti rentas negeri dengan mudah sekali walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0 dilaksanakan di Kelantan.

Banjir | Terengganu dijangka tidak berdepan gelombang keenam
Kolonel (PA) Che Adam A Rahman memaklumkan Terengganu ketika ini dalam tempoh 'bertenang' dan dijangka tidak akan berdepan gelombang banjir keenam.

Harga Sayur | Alami kenaikan mendadak
Harga sayur-sayuran di Kedah mengalami peningkatan yang mendadak sejak awal bulan ini.

PKP 2.0: PM Muhyiddin umum berita baik untuk rakyat petang ini
Pejabat Perdana Menteri berkata, pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di kesemua stesen TV kerajaan dan swasta.

PKP 2.0: Bantuan pindahan tunai perlu diterus dan segerakan - Penyelidik
Penyelidik, Adam Manaf Mohamed Firouz berkata bantuan kewangan tersebut dilihat merupakan bantuan yang paling berkesan tatkala PKP 1.0 dilaksanakan tahun lalu.

Kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu: Permit kontraktor kuari digantung sementara
Mohamed Zin berkata, kajian terperinci turut akan dilakukan di kawasan zon rizab sungai bagi mengelakkan berlakunya mendapan sungai.

UKM tawar rawatan psikososial kepada lelaki bina 11 bonggol
Beberapa sesi rawatan akan dilaksanakan secara dalam talian bermula minggu hadapan dan sebagai permulaan, beliau perlu menentukan status psikologi Nor Muhamad Roslam.

MAM cadang pulihkan 2021 dengan acara permotoran menarik
MAM akan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih baik pada peringkat organisasi.

Rawatan sel stem bawa pelumba muda beraksi semula
Menariknya, remaja berusia 18 tahun itu yang pada awalnya dilihat tiada lagi harapan untuk kakinya diselamatkan bakal menyertai Kejohanan Superbike Malaysia, pada minggu depan.

Hamilton harap kelab kegemarannya kembali menyerlah
Juara dunia tujuh kali F1 Lewis Hamilton berharap kelab bola sepak kegemarannya, Arsenal akan bangkit kembali selepas menerima banyak kritikan daripada peminat dan menjadi bahan ejekan di internet.

F1: Hamilton dibenarkan berlumba di Abu Dhabi
Juara dunia tujuh kali itu tidak dapat beraksi dalam perlumbaan kedua terakhir tahun ini di Bahrain minggu lalu kerana dikesan positif COVID-19.

Lewis Hamilton positif COVID-19, terpaksa lupakan perlumbaan GP di Bahrain
Perkara itu disahkan menerusi akaun Twitter rasmi Formula One.

F1: Romain Grosjean bernasib baik 'masih hidup' selepas kemalangan ngeri
Nasib memihak kepadanya apabila berjaya keluar daripada jentera yang terbakar sebelum memanjat penghadang litar untuk menjauhkan diri daripada kenderaan berkenaan.

Razlan puji kecekalan Morbidelli di GP Valencia
Pelumba dari Itali yang berusia 25 tahun itu mempamerkan kesungguhan sebenar untuk meraih kemenangan ketiganya musim ini.

Morbidelli catat kemenangan ketiga di GP Valencia
Pelumba Itali berusia 25 tahun itu menguasai perlumbaan sejak dari awal lagi sebelum berentap dengan pelumba Australia Jack Miller daripada pasukan Pramag Racing di pusingan terakhir.

Lewis Hamilton menyamai rekod dunia tujuh kali Michael Schumacher
Untuk merangkul kejuaraan F1 di Istanbul Park, pemandu Mercedes itu perlu mendahului lapan mata rakan sepasukan , Valtteri Bottas.

Grand Prix Vietnam dikeluar dari kalendar 2021
Langkah menarik keluar dari senarai itu dibuat berikutan terdapat kes rasuah melibatkan seorang pegawai tertinggi yang bertanggungjawab bagi perlumbaan di Hanoi itu.