awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadhlina selar pihak politikkan isu pergaduhan murid di Terengganu

Bernama
Bernama
16/06/2025
12:04 MYT
Fadhlina selar pihak politikkan isu pergaduhan murid di Terengganu
Fadhlina berkata KPM melalui JPNT telah mengambil tindakan terhadap kes ini mengikut SOP Buli dan Salah Laku yang sedang berkuat kuasa. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hari ini menyelar sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang mempolitikkan insiden pergaduhan melibatkan dua murid di sebuah sekolah di Terengganu baru-baru ini.
Beliau turut menafikan dakwaan tidak berasas yang mengaitkan ibu kepada seorang murid terlibat dengannya.
"Fitnah mengaitkan seorang daripada ibu murid terlibat dengan saya adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. Saya tidak pernah mengenali individu terbabit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah mengambil tindakan terhadap kes ini mengikut prosedur standard operasi (SOP) Buli dan Salah Laku yang sedang berkuat kuasa.
Sebagai langkah susulan, beliau turut mengarahkan Unit Integriti kementerian untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.
"Saya mengikuti rapat perkembangan isu ini dan mahu ia diselesaikan segera. KPM tidak berkompromi dengan buli dan perbuatan salah laku lain. Tindakan tegas mesti diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah," katanya.
Fadhlina turut menegaskan komitmen kementerian untuk memastikan semua institusi pendidikan kekal sebagai persekitaran yang selamat demi kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#buli
#integriti
#guru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami