Fadlun mulakan tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16 hari ini

Fadlun melaksanakan punch in pertamanya sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16, tanda rasmi bermulanya amanah besar memimpin jentera pentadbiran ibu kota. - Gambar/ DBKL
KUALA LUMPUR: Datuk Fadlun Mak Ujud, yang dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16, hari ini memulakan tugas secara rasmi menggantikan Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
Ringkasan AI
- Datuk Fadlun Mak Ujud dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16 menggantikan Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
- Ketibaan Fadlun disambut dengan sesi hormat dan persembahan tarian selamat datang oleh warga DBKL.
- Fadlun memulakan tugas dengan punch in pertama, menandakan permulaan amanah memimpin ibu kota, dan menerima taklimat mengenai fungsi DBKL.
Fadlun melaksanakan punch in pertamanya sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-16, tanda rasmi bermulanya amanah besar memimpin jentera pentadbiran ibu kota.
Beliau kemudian dibawa ke Tingkat 29 Menara DBKL 1 untuk mendengar taklimat mengenai fungsi dan hala tuju agensi itu.
Fadlun, sebelum ini Presiden Perbadanan Putrajaya, dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa Sabtu lepas setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia serta memiliki pengalaman lebih 28 tahun dalam perancangan bandar, pembangunan wilayah serta pengurusan bandar raya.
Menerusi kenyataan itu, DBKL turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Maimunah atas segala jasa, sumbangan serta kepimpinan cemerlang beliau sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-15, yang telah meninggalkan legasi kepimpinan berwawasan demi manfaat warga kota.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


