Umat Islam di negara ini perlu memahami konsep istito'ah sebelum menunaikan ibadah haji yang mana ia merupakan salah satu perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu dan menjadi kewajipan dalam menjalankan ibadah itu.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata kemampuan menunaikan haji atau istito'ah mempunyai pengertian luas yang merujuk kepada kemampuan mengerjakan haji daripada segi kewangan, bekalan, kenderaan dan perjalanan yang aman.
Beliau berkata istito'ah segi bekalan membawa kepada pengertian bekalan mencukupi baginya menuju ke tanah suci sehingga pulang di samping bekalan yang mencukupi bagi keluarga di bawah tanggungannya di tanah air.
"Istito'ah dengan makna ada kenderaan yang menyampaikan ke Makkah pula seperti kapal terbang atau kenderaan selesa, termasuk perjalanan menuju ke sana penuh dengan aman. Tidak ada rusuhan, tidak ada perkara membawa peperangan dan seumpamanya," katanya kepada Bernama menerusi Lembaga Tabung Haji (TH).
Zulkifli berkata istito'ah untuk menunaikan haji juga merujuk kepada beberapa faktor yang penting iaitu termasuk mahram, kesihatan, kuota atau kebenaran haji daripada kerajaan Arab Saudi dan keselamatan.
Katanya berdasarkan Mazhab Syafie, keperluan mahram dilebarkan mengenai kebolehan wanita pergi ke Makkah apabila wujudnya nisak thiqah, bermaksud jika ketiadaan suami atau mahram, maka dibolehkan pergi bersama dua perempuan yang dipercayai, amanah dan taat atau thiqah, dan memadai juga kepadanya seorang wanita yang thiqah.
"Inisiatif dari TH amat jelas apabila adanya pihak tertentu yang sama-sama membantu sebagai satu keluarga besar haji. Kita anggap mahram adalah penting bahkan wajib, tetapi bentuknya yang pertama adalah mahram seperti adik-beradik, bapa begitu juga suaminya. Sekiranya tidak ada, wanita thiqah sebagaimana dinaskan dalam Mazhab Syafie diperlukan," katanya.
Beliau berkata bagi makna istito'ah bagi kemampuan kesihatan mengerjakan haji, kajian dibentangkan dalam muzakarah haji membahagikan kemampuan kesihatan kepada dua bahagian iaitu merujuk kepada kesihatan kronik dan tidak kronik.
Katanya menerusi muzakarah itu mereka mengalami kesihatan kronik, sukar dan terpaksa membelanjakan jumlah perbelanjaan yang besar sekiranya dipilih sebagai jemaah, tidak termasuk dalam golongan istito'ah dan boleh dibadalkan hajinya.
"Sakit yang dianggap sebagai tidak kronik seperti asma, kencing manis, darah tinggi, gaot atau seumpamanya yang memungkinkan dengan menggunakan ubat-ubatan atau dengan bantuan Tabung Haji melalui pegawai kesihatan yang ditugaskan, maka di situ kemampuan kesihatan seperti itu dibolehkan.
"Tetapi, kita juga perlu mengambil inisiatif atau ikhtiar dengan mencukupkan sedikit kewangan khusus untuk ubat-ubatan kerana bimbang jika kehabisan ubat dan perlu membelinya di farmasi," kata Zulkifli.
Beliau berkata kuota atau kebenaran mengerjakan haji dikeluarkan Kerajaan Arab Saudi juga termasuk dalam istito'ah bagi menghormati polisi sesebuah negara kerana asas dipegang dan dilaksanakan mereka.
"Sekali pun kita bertubuh sihat, duit mencukupi bahkan melebihi serta memenuhi semua syarat, seseorang jemaah itu tidak dianggap istito'ah, bahkan perlu menunggu hingga giliran sampai barulah dikira istito'ah.
"Kita kena faham, bukan kita sahaja, tetapi umat Islam dari pelusuk dunia mahu melaksanakan haji termasuk negara seperti Amerika Syarikat, England, Perancis, Jerman atau Jepun. Itu belum lagi negara yang mempunyai jumlah orang Islam ramai seperti Indonesia, Turki, Mesir juga Malaysia," katanya.
Justeru katanya meraikan dan mematuhi isu mengenai kuota haji atau kebenaran haji yang dipanggil tashrih atau kebenaran melaksanakan ibadat haji adalah perkara yang juga termasuk dalam istito'ah haji.
Zulkifli berkata bagi istito'ah dalam aspek keselamatan, ia seharusnya dilihat kepada diri sendiri serta keluarga dan perlu dilihat dalam bentuk lebih luas daripada dasar atau pandangan negara sekiranya berlaku pergolakan atau musibah membawa kepada ketidakamanan serta risiko kepada jemaah haji.
"Keselamatan hendaklah diambil kira kerana keamanan dalam perjalanan, di tempat tujuan dalam melaksanakan haji penting yang perlu kita fahami sebaiknya supaya ibadah haji dilakukan dalam keadaan hati tenang dan sempurna akhirnya dengan kesempurnaan melayakkan seseorang mendapat haji mabrur," katanya.
Beliau berkata sekiranya berlaku ancaman dalam perjalanan atau peperangan menuju Tanah Suci yang tidak mempunyai jaminan keselamatan, wabak besar menyebabkan kepada kebinasaan, dan keselamatan tempat dituju tidak memenuhi spesifikasi juga membawa kepada ketidakwajiban dalam menunaikan haji kerana tidak dianggap sebagai istito'ah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 01 2019

ZULKIFLI: Sekali pun kita bertubuh sihat, duit mencukupi serta memenuhi semua syarat, seseorang jemaah itu tidak dianggap istito'ah, bahkan perlu menunggu hingga giliran sampai barulah dikira istito'ah. - Gambar fail

Sultan Nazrin perkenan solat Jumaat dilaksana di Perak, maksimum jemaah 40 orang
Jemaah yang dibenarkan pula terbatas pada warganegara Malaysia lelaki dalam lingkungan usia 16 hingga 70 tahun.

Selangor Kerjaya | Tawar 10,000 peluang pekerjaan
Kerajaan Negeri Selangor melancarkan Program Selangor Kerjaya di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ketiga, khusus buat rakyat negeri itu bagi menangani isu penawaran pekerjaan.

Hakisan pantai | Warga emas bimbang rumah pusaka musnah
Seorang warga emas risau keselamatan dirinya terancam selepas rumah yang diduduki sejak empat generasi lalu mengalami hakisan teruk akibat ombak besar di Kampung Tanjung Gelam Batu Rakit, Kuala Nerus. Lebih membimbangkan, pergerakan Maizon Embong, 67 tahun juga terbatas apabila perlu menggunakan tongkat atau kerusi roda akibat penyakit saraf yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu.

LPT2 sahkan pagar baharu yang diganti turut dirosakkan, dicuri
Astro AWANI melaporkan pagar keselamatan sengaja dirosakkan untuk buka laluan kepada lembu ternakan meragut rumput.

Chelsea sahkan Tuchel pengganti Lampard
Chelsea mendatangkan bekas ketua jurulatih Borussia Dortmund dan Paris Saint-Germain (PSG) itu dengan kontrak pendahuluan sehingga hujung musim depan.

Kuat kuasa SOP | Polis berpakaian biasa, tempatkan anjing K9
Polis kelantan akan menggunakan anjing unit pengesan K9 untuk mengesan aktiviti penyeludupan dadah dan senjata api di kawasan Sekatan Jalan Raya (SJR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Selain itu, anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang juga menggunakan taktik penyamaran dengan memakai pakaian biasa bagi menguatkuasa prosedur operasi standard COVID19 di tempat awam.

Hospital swasta di Kedah mula terima pesakit COVID-19
Pada masa sama, dua lagi hospital kerajaan dibuka untuk menerima pesakit COVID-19, iaitu Hospital Kuala Nerang dan Hospital Kulim.

Ekonomi bumiputera | Tindakan intervensi strategik diperlukan
Tindakan intervensi strategik amat diperlukan bagi membantu golongan bumiputera meraih peluang ekonomi dalam sektor berdaya maju dan mempunyai nilai tambah tinggi. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,perkara itu akan diberi keutamaan dalam Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) demi memastikan ekonomi bumiputera terus berdaya tahan dan berdaya saing.

Siasatan kebakaran The Andaman Langkawi selesai - Bomba
Bahagian Siasatan Kebakaran JBPM Kedah berada di tempat kejadian selama tiga malam untuk mengetahui bagaimana kebakaran berlaku.

AWANI Ringkas: MKB tumpu kepada intervensi strategik | Senarai pengimport daging berlesen didedah hari ini

Selepas Arab Saudi, belalang juta dijangka 'serang' Afrika Timur pula
Kawanan belalang, yang menimbulkan ancaman besar terhadap keselamatan makanan telah merosakkan ratusan ribu hektar tanah pertanian di wilayah itu tahun lalu.

Olimpik: Ada bagi nasihat, tapi bukan pembuat keputusan - WHO
Keputusan sama ada akan meneruskan Olimpik atau tidak adalah di luar komitmen WHO.

Salji turun di Arab Saudi, Gurun Sahara
Ketika dunia dilanda salji dan ais di kebanyakan tempat pada Januari ini, gurun di Afrika dan Arab Saudi turut tidak terkecuali mendapat fenomena itu, lapor portal berita MailOnline pada Isnin.

COVID-19: Mufti Menk terima suntikan vaksin Sinopharm
Mufti Menk telah menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: Arab Saudi buka semula sempadan mulai 31 Mac
Semua larangan penerbangan antarabangsa akan turut ditarik balik pada tarikh yang sama.

Raja Arab Saudi terima suntikan vaksin COVID-19
Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz terima suntikan pertama vaksin COVID-19 pada Jumaat selepas program vaksinasi dimulakan di negara itu.

Malaysia sambut baik deklarasi Al-Ula pulihkan hubungan antara negara teluk
Deklarasi Al-Ula diumumkan di luar sesi ke-41 Sidang Kemuncak GCC yang diadakan di bandar Al-Ula, Arab Saudi.

COVID-19: Kes positif cecah 86.1 juta, angka korban lebih 1.86 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University turut menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 20.97 juta kes.

Krisis Teluk: Arab Saudi buka semula sempadan dengan Qatar
Negara-negara teluk dipercayai mahu mewujudkan hubungan lebih mesra ketika era Presiden Joe Biden.