awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi bertemu Air Selangor esok cari penyelesaian isu bekalan air Apartmen Putra Ria

Bernama
Bernama
22/02/2023
15:41 MYT
Fahmi bertemu Air Selangor esok cari penyelesaian isu bekalan air Apartmen Putra Ria
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil akan mengadakan pertemuan dengan Air Selangor dan pengurusan Apartmen Putra Ria esok, bagi mencari penyelesaian terbaik susulan bekalan air di apartmen berkenaan dihentikan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil akan mengadakan pertemuan dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan pengurusan Apartmen Putra Ria esok, bagi mencari penyelesaian terbaik susulan bekalan air di apartmen berkenaan dihentikan.
Menerusi hantaran di laman Facebook malam ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata isu berkenaan berpunca daripada tunggakan bil Air Selangor berjumlah lebih kurang RM170,000 yang tidak dilunaskan sehingga kini.
"Berdasarkan rekod pengurusan, difahamkan 358 unit (54.2 peratus) berhutang bayaran penyenggaraan sebanyak RM2.47 juta (purata RM6,899).
"Isunya terlalu ramai yang tidak membayar bil penyenggaraan bulanan, walaupun peringatan telah dibuat oleh pengurusan," katanya, yang turut akan mengadakan pertemuan dengan persatuan penduduk apartmen berkenaan.
Dalam pada itu, beliau berkata Air Selangor bersetuju untuk membuka semula buat sementara bekalan air ke apartmen berkenaan, malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#isu bekalan air
#Air Selangor
#Apartmen Putra Ria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan