awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi Fadzil ucap tahniah kepada Sofyank

Bernama
Bernama
21/04/2023
22:00 MYT
Fahmi Fadzil ucap tahniah kepada Sofyank
Fahmi berkata kejayaan anak muda itu telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dan menyifatkan bakat Sofyank sebagai luar biasa. - Foto Facebook/Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada pereka kandungan digital Sofyank, atau Mohamad Sofian Abdullah, yang menjuarai pertandingan Ultimate VFX Challenge - Magic Of The Month di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Beliau berkata kejayaan anak muda itu telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dan menyifatkan bakat Sofyank sebagai luar biasa.
"Tahniah buat anak muda, Sofyank, yang mengharumkan nama Malaysia (dan Lembah Pantai) dengan menjuarai Ultimate VFX Challenge di Los Angeles.
"Bakat Sofyank mencipta kandungan sangat luar biasa. Insya-Allah akan ada beberapa kolaborasi bersama beliau selepas ini. Paling menarik, beliau sangat beradab dan merendah diri. Terus berjaya, Sofyank," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat.
Sofyank, yang terkenal dengan bakat mencipta kandungan digital VFX atau kesan visual, telah beberapa kali berkolaborasi dengan selebriti antarabangsa malah sehingga kini, video ciptaan beliau ditonton oleh jutaan pelayar media sosial.
Pemuda berusia 27 tahun itu, yang menyertai pertandingan anjuran pempengaruh media sosial dan pereka kandungan digital terkemuka antarabangsa Zach King dan bersaing dengan dua lagi peserta, telah diberikan beberapa cabaran dan perlu menyiapkan satu karya pendek VFX.
Video pertandingan itu 'Is This The Next Zach King?' boleh ditonton di YouTube.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Facebook
#media sosial
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan