awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi kongsi khabar duka pemergian penyanyi Mael XPDC

Bernama
Bernama
27/04/2023
16:00 MYT
Fahmi kongsi khabar duka pemergian penyanyi Mael XPDC
Fahmi berkata sebagai antara jutaan peminat penyanyi kumpulan rock itu, beliau mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. - Facebook Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkongsi khabar duka pemergian penyanyi kumpulan XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim, atau Mael, yang meninggal dunia malam ini.
Fahmi berkata sebagai antara jutaan peminat penyanyi kumpulan rock itu, beliau mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
"Innalillah. Menerima khabar duka. Penyanyi kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael meninggal dunia sebentar tadi.
"Saya antara jutaan peminat beliau dan orang sekeliling saya tahu 'Semangat yang Hilang' merupakan lagu kegemaran saya. Semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Berita kematian Mael, 55, turut dikongsi oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Bro Yazid di laman Facebook beliau.
"Innalillahiwainnailaihirojiun, al-Fatihah, penyanyi XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar pukul 9 malam tadi," katanya.
XPDC merupakan kumpulan rock popular ketika era 1980 hingga 1990-an dan sering mengadakan konsert di tapak pesta di seluruh negara sehingga diberi jolokan sebagai 'Raja Funfair.'
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mael XPDC
#Fahmi Fadzil
#semangat yang hilang
#mael meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan