awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi mahu DNB jelaskan mengenai capaian liputaN 5G

Bernama
Bernama
04/01/2023
04:13 MYT
Fahmi mahu DNB jelaskan mengenai capaian liputaN 5G
Pada Isnin, Ketua Pegawai Operasi DNB Nasution Mohamed berkata pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh negara telah mencapai hampir 50 peratus di kawasan berpenduduk pada akhir 2022.
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini meminta Digital Nasional Berhad (DNB) menjelaskan bagaimana syarikat itu membuat kesimpulan bahawa pelaksanaan liputan rangkaian 5G di negara ini telah mencapai hampir 50 peratus.
Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) belum menentusahkan maklumat berkenaan.
"Saya fikir DNB perlu menjelaskan bagaimana mereka memperoleh angka tersebut. MCMC belum lagi menentusahkan maklumat ini.
"Lain kali, saya rasa DNB perlu menentusahkan sebelum menerbitkannya," katanya sebagai respons balas kepada ciapan yang mendakwa angka yang diterbitkan oleh DNB itu adalah palsu.
Pada Isnin, Ketua Pegawai Operasi DNB Nasution Mohamed dalam satu kenyataan berkata pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh negara telah mencapai hampir 50 peratus di kawasan berpenduduk pada akhir 2022, sekali gus melepasi sasaran awal sebanyak 40 peratus.
Nasution berkata rangkaian itu kini telah mencapai 15 juta rakyat Malaysia melibatkan 3,900 tapak dan bakal menjangkau lebih 30 juta orang serta perniagaan apabila dilaksanakan sepenuhnya.
Beliau juga berkata DNB kini memberi tumpuan penuh ke arah mencapai komitmen 80 peratus kawasan berpenduduk pada akhir tahun 2024 atau lebih awal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rangkaian 5G
#Fahmi Fadzil
#Digital Nasional Bhd
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan