awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga mendiang Ooi Eow Jin

Bernama
Bernama
19/09/2024
06:45 MYT
Fahmi ucap takziah kepada keluarga mendiang Ooi Eow Jin
Ooi Eow Jin (foto) dikenang atas jasa dan sumbangannya dalam pembangunan muzik tempatan, termasuk mencipta lagu untuk banyak penyanyi terkenal. -X Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga komposer veteran Datuk Ooi Eow Jin yang meninggal dunia pada usia 86 tahun akibat sakit tua di Hospital Kuala Lumpur kira-kira 3.30 petang semalam.

Ringkasan AI
  • Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Ooi Eow Jin yang meninggal dunia pada usia 86 tahun akibat sakit tua.
  • Ooi Eow Jin dikenang atas jasa dan sumbangannya dalam pembangunan muzik tempatan, termasuk mencipta lagu untuk banyak penyanyi terkenal.
  • Ooi memulakan kerjaya dengan Orkestra RTM dan pernah berkhidmat di TV3 serta beberapa institut pengajian tinggi. Kesihatannya merosot sejak menghidap Alzheimer dan dijangkiti COVID-19.

Menerusi hantaran di platform X, Fahmi berkata industri muzik tanah air kehilangan sebutir permata yang amat berharga.
Industri muzik tanah air kehilangan sebutir permata yang amat berharga. Takziah kepada Datin Elaine Khaw serta seluruh ahli keluarga mendiang Dato' Ooi Eow Jin yang telah meninggal dunia petang tadi. Jasa serta sumbangan mendiang dalam pembangunan dan kemajuan bidang muzik pic.twitter.com/suc6fO8Rxz
— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) September 18, 2024
"Takziah kepada Datin Elaine Khaw serta seluruh ahli keluarga mendiang Dato' Ooi Eow Jin yang telah meninggal dunia.
"Jasa serta sumbangan mendiang dalam pembangunan dan kemajuan bidang muzik tempatan akan dikenang sepanjang zaman," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan keadaan kesihatan Ooi yang menghidap penyakit Alzheimer sejak 2015 semakin merosot selepas dijangkiti COVID-19.
Mendiang memulakan kerjaya dalam arena muzik dengan menganggotai Orkestra RTM antara 1963 hingga 1983, sebelum berhijrah ke TV3 dan pernah berkhidmat di beberapa institut pengajian tinggi awam dan swasta.
Mendiang banyak mencipta lagu untuk penyanyi tempatan dan luar negara termasuk Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Allahyarham Datuk Rafeah Buang, Datuk M Nasir, Rahimah Rahim, Flora Santos, Alleycats, Jennifer Yen dan Francis Yip.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Ooi Eow Jin
#sakit tua
#komposer veteran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan