MALAYSIA

Fahmi ucap takziah pemergian Editor Visual Astro AWANI

Bernama 14/12/2025 | 04:40 MYT
Fahmi menzahirkan rasa dukacita serta berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat handai Editor Visual Astro AWANI Mohd Kusairi Ishak, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, malam tadi.


Ringkasan AI
  • Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga serta sahabat Mohd Kusairi Ishak, Editor Visual Astro AWANI yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.
  • Beliau menzahirkan rasa dukacita melalui catatan di Facebook serta berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.
  • Mohd Kusairi, 52 tahun, merupakan individu yang berperanan dalam penghasilan video berita dan kandungan media sosial Astro AWANI.


Menerusi catatan di Facebook, beliau menzahirkan rasa dukacita menerima perkhabaran tersebut.

"Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah," katanya.

Media melaporkan, Allahyarham Mohd Kusairi, 52, meninggal dunia dalam kemalangan berhampiran susur ke Restoran Jejantas Sungai Buloh, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada Sabtu.



Mohd Kusairi merupakan antara tenaga kreatif yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan video berita dan kandungan media sosial Astro AWANI.

-- BERNAMA




#Fahmi Fadzil #Menteri Komunikasi #rakam takziah #Editor Visual Astro AWANI #Mohd Kusairi Ishak #terkini