Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan kelmarin bukanlah disebabkan faktor kaum sebaliknya ia hasil perancangan teratur dan teliti pelbagai jentera parti komponen itu, kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata kemenangan BN kali ini adalah kerana ramai yang turun mengundi BN.
"Bagi saya tidak ada sesuatu kaum yang menentukan kemenangan, tetapi kerana ramai yang keluar mengundi itu mengundi BN, tak kira mereka dari kaum apa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya 2014.
Ahmad berkata demikian ketika ditanya sama ada kemenangan BN adalah disebabkan tindakan DAP meletak calon Melayu di kawasan parlimen yang majoritinya kaum Cina.
Pada PRK itu, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti undi sebanyak 238 apabila memperoleh 20,157 undi berbanding 19,919 undi yang raih Dyana Sofya.
Ahmad berkata kerjasama mantap jentera BN dan penyokong parti komponen itu turut menyumbang kepada kemenangan di Teluk Intan.
Ditanya sama ada BN akan mengguna pakai trend DAP yang meletak calon muda berusia 20-an, beliau berkata parti komponen itu menggunakan formula kombinasi iaitu calon tua dan calon muda berusia lingkungan 20-an hingga 60-an.
"Kita juga ada calon muda berusia 20-an tetapi tak ramai. Kita perlu perhalusi kaedah itu pada masa depan," katanya.
Di MELAKA, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata DAP perlu menerima hakikat mereka gagal dalam perancangan permainan atau 'game plan' parti itu yang meletak calon Melayu di kerusi Parlimen Teluk Intan.
"Orang Melayu tahu game plan DAP ni kerana sebelum itu bukan jadi kebiasaan bagi parti itu meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti pengundi dari kaum Cina," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat Cukai Barang dan Perkhidmatan bersempena Program Pemukiman Penghulu dan Penggawa seluruh Semenanjung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.
Taklimat itu dihadiri lebih 200 peserta.
Bernama
Sun Jun 01 2014
AHMAD MASLAN: Ramai yang turun mengundi BN
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.
Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya KL-Karak dijangka mula Januari
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) yang berupaya menangani isu kesesakan terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu dijangka bermula pada Januari.
JKR pantau 10,000 cerun dekat kawasan perumahan, sekolah - Ahmad Maslan
Sebanyak 10,000 cerun yang terletak berhampiran kawasan perumahan termasuk sekolah sedang dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Pembinaan LTU Gua Musang-Kuala Krai lancar, isu pampasan sedang diselesaikan
Status pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Gua Musang-Kuala Krai mengikut ketetapan jadual seperti dirancang.
KKR akan mohon peruntukan RM20 juta bina R&R di LTU - Ahmad Maslan
KKR akan memohon peruntukan RM20 juta untuk membina hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dalam masa terdekat.