Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mahu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membantu pengusaha rumpai laut di Semporna untuk memasarkan tumbuhan alga lautan itu.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perkara itu bagi memastikan pengusaha rumpai laut memperoleh pendapatan yang setimpal dengan usaha menternak tumbuhan itu.
"Harga rumpai laut ini di sini semakin lama semakin jatuh, tetapi harga pasaran di Kota Kinabalu sangat tinggi walhal rumpai itu diambil di Semporna.
"Oleh itu, saya minta dalam masa enam bulan, FAMA akan bantu secara khusus pengusaha rumpai laut di Semporna supaya harganya naik kembali," katanya ketika berucap merasmikan Program Jalinan Tani MOA di sini, hari ini.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Ahmad Shabery berkata, sebelum ini harga rumpai laut kering di Semporna adalah RM2.80 satu kilogram tetapi harga pasaran di Kota Kinabalu adalah RM35 bagi 100 gram.
"Kini harga rumpai laut itu di sini jatuh lagi sehingga kurang RM2," katanya.
Sehubungan itu, Ahmad Shabery berkata Pejabat FAMA di daerah ini akan dibuka selewat-lewatnya Januari tahun depan bagi membantu menyelesaikan beberapa perkara berkaitan harga dan pemasaran rumpai laut daripada penduduk Semporna.
"Kita berpuas hati dengan pengeluaran dan kualiti hasil seperti rumpai laut cuma kita tidak puas hati dengan harga yang diambil pengilang sebab itu adanya pihak FAMA di sini boleh melihat perkara ini secara khusus," katanya.
Menurutnya, dengan adanya FAMA di daerah ini, ia membolehkan hasil produk di Semporna dapat dipasarkan ke luar negara dengan harga lebih tinggi.
Semalam, Ahmad Shabery berkata kementeriannya menerusi FAMA akan menaik taraf Medan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) Sabindo di Tawau dalam tempoh terdekat.
"Naik taraf gerai itu membabitkan 11 usahawan di Tawau, supaya gerai-gerai ini boleh berdaya saing dan dapat memberi daya tarikan baharu kepada penduduk Tawau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 13 2016
Langkah proaktif perlu diambil supaya pengusaha rumpai laut dapat memperoleh pendapatan yang setimpal. - Foto Bernama
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Ladang tembikai wangi premium pertama di Malaysia: Mardi, Fama beri khidmat rundingan
Antara bantuan yang diberikan Mardi dan FAMA ialah khidmat rundingan berhubung pengendalian lepas tuai.
Lebih 85,000 anak pokok terjual di MAHA 2024
Lebih 85,000 anak pokok dijual sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang boleh memanfaatkan tanah seluas 839 hektar.
MAHA 2024 catat 2.3 juta pengunjung setakat hari ketujuh
FAMA yakin sasaran tiga juta pengunjung pada MAHA 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang ini mampu dicapai dalam tempoh terdekat.
FAMA Fest 2024 catat nilai jualan RM8.4 juta di tujuh negeri - Arthur
Program itu memberi manfaat kepada 808 usahawan serta dimeriahkan dengan kehadiran sebanyak 459,417 pengunjung.
FAMA sasar RM5 juta jualan di MAHA 2024
Sasaran itu meliputi lima kluster termasuk Kingdom of Agro Food; Food Empire & Food Viral; Food Truck Fiesta; Food Trade dan Rhythm of Farmers.
FAMA, TikTok anjur Kursus Pemasaran Digital buat usahawan OKU
FAMA dengan kerjasama TikTok Shop menganjurkan Kursus Upskilling Live Marketing bagi meningkatkan kemahiran usahawan OKU dalam pemasaran digital bermula Jumaat hingga Ahad lepas.
Ekspo Malaysia Fest sasar jualan RM20 juta, 140,000 pengunjung di Singapura
Ekspo Malaysia Fest 2024 selama empat hari bermula Khamis di Singapore Expo, Changi, menyasarkan nilai jualan langsung hampir RM20 juta dan 140,000 pengunjung.
Diskaun saman PDRM di pelancaran Bulan Kebangsaan di Cyberjaya
Orang ramai berpeluang menikmati tawaran pengurangan kadar kompaun saman PDRM sehingga 50 peratus pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024.
Jelajah di Sabah diharap tarik pengunjung ke MAHA 2024 di MAEPS September ini
Jelajah Road to MAHA@Sabah bermula di Kota Kinabalu semalam, diikuti ke Kota Belud, Kundasang, Telupid dan berakhir di Sandakan.
FAMA sasar RM2 juta nilai jualan Karnival Agro Madani 2024
Aminuddin berkata karnival itu dijangka mampu menarik lebih 200,000 pengunjung dengan penyertaan seramai 689 usahawan.