JOHOR BAHRU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) membekalkan sebanyak 80 tan beras tempatan tambahan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip berkata langkah intervensi beras itu disampaikan secara berperingkat bermula semalam hingga akhir minggu ini.
Beliau berkata bekalan makanan ruji itu diedarkan melalui empat pusat pengumpulan iaitu di Johor Bahru, Simpang Renggam, Batu Pahat dan Tangkak.
"Memang kita hadapi sedikit cabaran mengenai bekalan beras...(bagaimanapun), kerajaan negeri sedang menyusun program untuk membantu rakyat, iaitu kita akan lihat apa yang dijalankan (kerajaan) pusat kemudian disambung kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kursus Peningkatan Ekonomi Madani Peladangnita negeri 2023 di PPNJ di sini hari ini.
Zahari berkata kerajaan negeri turut merancang pelbagai inisiatif lain bagi memastikan masalah bekalan beras tempatan itu tidak berpanjangan.
"Kita melihat keberkesanan langkah intervensi yang dilakukan kerajaan pusat, dan sekiranya ia terbukti berkesan, kerajaan negeri akan turut bantu," katanya.
Sementara itu, Zahari memaklumkan terdapat 900 pesawah melibatkan 10 lokasi merangkumi sawah padi seluas 2,254 hektar, di negeri ini.
"Daerah berkenaan termasuk Tangkak dengan keluasan 842.97 hektar; Muar (364.22 hektar); Mersing (549.38 hektar); Batu Pahat (141.70 hektar) dan Kluang (356.12 hektar).
"Bagi musim menuai antara 2021 dan 2022 pula, Johor mengeluarkan 6,225 tan metrik padi, peningkatan sebanyak 30.1 peratus berbanding musim menuai tahun sebelumnya," katanya.
Menurut beliau, meskipun sawah padi di Johor dikategorikan sebagai sawah padi di luar jelapang, kerajaan negeri tetap fokus menjalankan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan produktiviti pengeluarannya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) membekalkan sebanyak 80 tan beras tempatan tambahan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan di negeri itu. - BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Kertas Kabinet wujud sektor industri sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Kertas Kabinet berkenaan usaha mewujudkan sektor industri sukan dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.
MoU PBS dan STAR elak pertembungan calon dalam PRN Sabah
Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk NIzam Abu Bakar Titingan berkata MoU antara PBS dan STAR bagi mengelakkan kehilangan kerusi sepertimana yang berlaku dalam PRN16.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
PRK KKB: GPS tidak akan terlibat kempen - Fadillah
Ketua Whip GPS yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan gabuingan itu tidak akan terlibat dalam kempen PRk Kuala Kubu Bharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
1,000 peluang pekerjaan bakal dinikmati penduduk Tongod
Sebuah kilang simen bernilai RM1.2 bilion akan dibina di Penangah, Tongod, Sabah sekali gus mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan baharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Bahan keperluan utama industri kini ada di Sabah
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, dengan pembukaan kilang simen itu, satu lagi bahan keperluan utama industri bakal diwujudkan di Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Peruntukan RM60 juta untuk bina semula SMK Sebuyau
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan mengambil-alih projek berkenaan yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), namun tertangguh akibat kekangan peruntukan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kerajaan serius selesaikan isu industri minyak sawit - Johari
Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani.
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Fama adakan Jualan Semarak Syawal Agro Madani di seluruh negara
Jualan Semarak Syawal Agro Madani diadakan di seluruh negara hingga menjelang sambutan Aidilfitri ini, bagi memberi peluang kepada pengguna mendapatkan barangan keperluan perayaan.
FAMA tingkat pengedaran beras tempatan 2,500 tan metrik bermula bulan depan
Langkah itu juga atas permintaan mesyuarat NACCOL baru-baru ini agar FAMA meningkatkan lagi pengedaran beras.
FAMA sasar nilai jualan pasar tani RM8 juta tahun ini
FAMA Melaka sasar nilai jualan pasar tani sebanyak RM8 juta tahun ini di samping akan menambah dua lagi tapak baharu iaitu di Taman Maju Jasin dan Ayer Molek.
FAMA sasar buka 14 pasar tani baharu, naik taraf 40 pasar tani sedia ada
Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) menyasarkan untuk membuka 14 pasar tani baharu selain menaik taraf 40 pasar tani sedia ada dengan nilai jualan RM200 juta tahun ini.
Program Temu DBKL, Teh Hijau Kuala Lumpur untuk rapat dengan warga kota
Ia merupakan program turun padang 25 jabatan di bawah DBKL sebagai pendekatan meningkatkan kualiti penyampaian agensi itu kepada warga kota.
Jualan Agro MADANI terbukti dapat ringankan beban rakyat
Selain pengguna, peniaga turut menerima manfaat sama apabila dapat menjana lebih pendapatan susulan hasil jualan meningkat.
FAMA sasar RM57.5 juta bagi Jualan Agro MADANI 2024
FAMA menyasarkan nilai jualan sebanyak RM57.5 juta bagi program Jualan Agro MADANI 2024 yang bakal diadakan di 5,000 lokasi di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Jualan Agro Madani di jajahan Pasir Mas bantu mangsa banjir
Jualan Agro Madani yang menawarkan barangan pada harga yang lebih rendah dari pasaran membuka peluang dan kemudahan kepada masyarakat setempat mendapatkan bekalan makanan dan keperluan mereka.
FAMA siasat dakwaan beras putih tempatan tidak berkualiti
FAMA akan menyiasat dakwaan beras putih tempatan (BPT) tidak berkualiti atau berkemungkinan dibungkus semula seperti tular di media sosial.
Monsun Timur Laut: FAMA bekal 60,000 kit makanan kepada NADMA
KPKM menerusi FAMA akan membekalkan 60,000 kit makanan kepada NADMA untuk diedarkan kepada mangsa terlibat bencana khususnya banjir.