GEORGE TOWN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan meningkatkan kapasiti pengedaran beras putih tempatan (BPT) daripada 1,800 tan metrik (MT) sebulan kepada 2,500 MT bermula April bagi memenuhi keperluan rakyat di negara ini.
Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri berkata langkah itu juga atas permintaan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) baru-baru ini agar FAMA meningkatkan lagi pengedaran beras.
"Sebelum ini, FAMA mengedarkan sebanyak 1,800 MT atau 180,000 kampit beras 10 kilogram (kg) setiap bulan dan bermula bulan depan, FAMA akan mengedarkan sebanyak 2,500 MT atau 250,000 kampit beras yang akan dipasarkan di outlet-outlet kami seperti di Agro Bazar, Pusat Jualan Agro Madani dan Pusat Operasi FAMA.
"Dari segi harga, ia masih kekal RM26 bagi setiap kampit beras 10 kg kerana harganya memang dikawal dan kita juga hadkan setiap kampit bagi setiap orang supaya pengunjung lain juga dapat membeli beras itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Agrofiesta Aidilfitri 2024 di sini semalam yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Koperasi, Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan negeri Fahmi Zainol.
Abdul Rashid berkata FAMA adalah antara agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) digerakkan untuk membekalkan beras tempatan yang mencukupi bagi kegunaan penduduk setempat.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya akan meningkatkan import bekalan bawang dari China susulan keputusan India yang terus melarang eksport sayuran terbabit.
Langkah itu katanya, bagi menampung permintaan bekalan bawang di negara ini dalam masa sama memastikan harga jualan sayuran itu terkawal.
Mengenai bekalan barangan bersempena dengan sambutan Aidilfitri, Abdul Rashid berkata FAMA sentiasa memastikan semua bekalan barangan asas seperti ayam dan daging mencukupi menjelang perayaan itu.
Menurut beliau, ketika ini bekalan barangan asas adalah stabil dan harga yang ditawarkan juga berpatutan walaupun terdapat kenaikan harga bagi beberapa barangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Mulai April, FAMA akan mengedarkan sebanyak 2,500 MT atau 250,000 kampit beras untuk pasaran menerusi outlet seperti Agro Bazar, Pusat Jualan Agro Madani dan Pusat Operasi FAMA. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kajian penstabilan barang Sabah, Sarawak dan Labuan ambil enam bulan - Armizan
Pelaksanaan kajian penstabilan harga barang Sabah, Sarawak dan Labuan, dijangka berlangsung dalam tempoh enam bulan.
'Beras putih tempatan masih tidak kelihatan' - Syed Abu Hussin
BPT masih tidak kelihatan dalam pasaran meskipun selepas Perdana Menteri mengarahkan stok bekalan barang keperluan itu diedarkan ke seluruh negara.
Wujudkan satu gred harga bagi beras putih - Syed Abu Hussin
Kerajaan dicadang untuk mewujudkan satu gred harga beras putih di negara ini bagi mengelak sebarang manipulasi Beras Putih Tempatan (BPT).
FAMA tingkat pengedaran beras tempatan 2,500 tan metrik bermula bulan depan
Langkah itu juga atas permintaan mesyuarat NACCOL baru-baru ini agar FAMA meningkatkan lagi pengedaran beras.
NACCOL gesa kawal selia padi dan beras segera edar beras putih tempatan
Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) menggesa Bahagian Kawal Selia Padi Dan Beras segera mengedarkan beras putih tempatan ke pasar raya di seluruh negara.
PM Anwar mahu penguatkuasaan lebih kerap tangani isu beras tempatan
Pendekatan pemantauan dan penguatkuasaan itu menuntut perubahan bagi memastikan edaran BPT lebih berkesan.
Perlu penguatkuasaan tegas, pastikan penurunan harga beras putih import tercapai
Ia bagi memastikan matlamat kerajaan menurunkan harga makanan ruji rakyat Malaysia itu tercapai.
Indikator baharu ukur tahap kos sara hidup rakyat dibangunkan - PM Anwar
NACCOL hari ini bersetuju agar DOSM membangunkan satu indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah.
Harga beras putih import turun RM2-RM3 bermula esok
Kerajaan menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bersetuju supaya harga jualan runcit beras putih import (BPI) diturunkan antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa esok.
NAFAS sebagai pengimport beras alternatif, dibincang dalam mesyuarat NACCOL esok
Cadangan menjadikan NAFAS sebagai alternatif pengimport beras serta pengeluar beras putih tempatan akan dibentangkan dalam mesyuarat NACCOL esok.