NATIONAL
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini

Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini dan akan menjalani ujian oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama dua tahun. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Ringkasan AI
- Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini dan akan menjalani ujian oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama dua tahun.
- Kapal LCS kedua dijangka turun ke permukaan air dan menjalani ujian pada pertengahan 2025.
- Status kemajuan semasa perolehan LCS adalah 69.58%, melebihi jadual yang dirancangkan iaitu 69.5%.
Ia bagi menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mengenai perancangan kerajaan dalam menyegerakan pembinaan kapal LCS bagi menghadapi ancaman pihak luar terhadap kawasan zon ekonomi dan kepulauan milik Malaysia di perairan Laut China Selatan yang semakin meningkat.
Kementerian Pertahanan memaklumkan perolehan kapal LCS pada masa ini masih dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan di dalam kontrak.
Status kemajuan semasa bagi perolehan LCS secara keseluruhan merangkumi elemen reka bentuk, pembinaan, peralatan serta ujian yang berakhir pada 25 Ogos lepas adalah sebanyak 69.58 peratus, melebihi jadual yang dirancangkan iaitu 69.5 peratus.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami