Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat mewujudkan fasiliti untuk dimanfaat golongan kanak-kanak, belia dan pesara di setiap kawasan perumahan di seluruh negara pada masa depan.
Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata keperluan mewujudkan fasiliti seperti pusat jagaan kanak-kanak bertauliah, gelanggang futsal dan pusat aktiviti pesara dilihat semakin meningkat terutamanya di kawasan perumahan lama susulan permohonan berhubung perkara itu bertambah saban tahun.
"Tak semua kawasan perumahan lama ada pusat jagaan kanak-kanak bertauliah dan jika kita wujudkannya, pasti ia memberi kemudahan kepada penduduk khususnya golongan ibu bapa muda yang bekerja jauh dari tempat tinggal kerana pada masa kini, bukan murah untuk menggaji pembantu rumah.
"Untuk golongan belia, kita akan bina gelanggang futsal berbumbung dan berlampu, memberi manfaat kepada mereka untuk bersukan selain fasiliti itu boleh dijadikan dewan serbaguna untuk sebarang aktiviti kemasyarakatan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Rumah Pangsa Kos Rendah Impian, Bandar Saujana Putra, di sini pada Isnin.
Bagi warga pesara, KPKT katanya berhasrat membina pusat aktiviti untuk golongan berkenaan berinteraksi sesama mereka memandangkan ramai dalam kalangan pesara kini memilih untuk menetap di bandar.
Beliau berkata usaha mewujudkan pusat aktiviti itu adalah susulan rintihan warga pesara kumpulan pertengahan dan rendah yang tidak mempunyai ruang lain untuk memanfaatkan masa terluang dengan masyarakat melainkan surau dan tempat beribadat.
Dalam lawatan kerja itu, Noh meluluskan peruntukan RM600,000 kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kos Rendah Impian, Bandar Saujana Putra meliputi RM100,000 untuk membaiki surau serta bumbung blok manakala RM500,000 bagi pembinaan satu gelanggang futsal berbumbung.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2017
NOH: KPKT berhasrat membina pusat aktiviti untuk golongan berkenaan berinteraksi sesama mereka memandangkan ramai dalam kalangan pesara kini memilih untuk menetap di bandar. -Gambar fail
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
12 lokasi berisiko aktiviti air dikenal pasti
Tan Sri Noh Omar mengumumkan, terdapat 12 lokasi yang berisiko tinggi bagi aktiviti air di seluruh negara.
Fasiliti dimanfaat golongan kanak-kanak, belia dan pesara akan diwujudkan
KPKT berhasrat mewujudkan fasiliti untuk dimanfaat golongan kanak-kanak, belia dan pesara di setiap kawasan perumahan.
Kerajaan cadang bina PPR tidak lebih 500 unit bagi setiap projek
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang membina Program Perumahan Rakyat (PPR) tidak melebihi 500 unit bagi setiap projek.
Kesejahteraan PPR: Noh Omar, Azmin 'bertelagah'
Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata, setakat penghujung tahun 2016 jumlah keseluruhan sewa yang tidak dibayar mencecah RM1.9 juta.