Ramadan Sobhi, rakan senegara Mo Salah dihukum penjara

Sobhi (gambar) ditangkap pada Julai selepas pulang dari Turki, susulan dakwaan memalsukan dokumen berkaitan peperiksaan dalam bidang pelancongan dan hospitaliti di sebuah kolej di Giza. - Gambar fail/REUTERS
PEMAIN kebangsaan Mesir, Ramadan Sobhi, telah dijatuhkan hukuman penjara selama setahun.
Ringkasan AI
- Pemain kebangsaan Mesir, Ramadan Sobhi, dijatuhkan hukuman penjara selama setahun atas kes penipuan peperiksaan di Mesir.
- Ramadan Sobhi didapati bersalah melakukan penyamaran untuk peperiksaan dalam institut swasta, mengeksploitasi untuk keuntungan kewangan.
- Selain hukuman penjara, Sobhi juga dihukum dengan kerja paksa; dia sebelum ini juga disuspen empat tahun oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan atas pelanggaran anti-doping.
Orang yang mengambil peperiksaan untuk defendan lain menerima hukuman yang sama.
Sobhi ditangkap pada bulan Julai selepas pulang dari Turki, tempat dia berlatih, susulan dakwaan memalsukan dokumen berkaitan peperiksaan dalam bidang pelancongan dan hospitaliti di sebuah kolej di Giza.
Dua defendan, termasuk Sobhi, menerima hukuman penjara satu tahun dan buruh paksa, manakala seorang lagi defendan, yang menurut Sportstar, dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun tetapi tidak hadir di mahkamah.
Sobhi juga menghadapi penggantungan empat tahun selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengesahkan pelanggaran peraturan anti-doping pada November 2025, dengan ujian diambil pada Mac 2024.
Penyerang berusia 28 tahun itu telah bermain untuk Mesir sebanyak 37 kali dan mewakili dua pasukan Liga Perdana Inggerisketika itu apabila dia bermain 46 kali untuk Stoke City sebelum turut mewakili Huddersfield Town sebanyak empat kali.
Sobhi hanya menjaringkan tiga gol untuk Stoke sebelum Terriers menandatanganinya pada tahun 2018. Pemain berusia 28 tahun itu tidak beraksi dengan baik untuk kelab Yorkshire itu sebelum kembali ke Mesir apabila dia menyertai Al Ahly pada tahun 2019.
Pemain Mesir itu telah bermain bersama bintang Liverpool, Mo Salah, sebanyak 21 kali.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


