CARACAS: Ahli perniagaan Malaysia dalam buruan yang digelar 'Fat Leonard' mahu mendapatkan suaka politik di Venezuela selepas ditahan di negara itu minggu lepas.
Leonard Glenn Francis telah ditangkap pada 21 September di lapangan terbang antarabangsa di luar Caracas ketika dia bersedia untuk berlepas ke Rusia.
Menurut ketua Interpol Venezuela, dia berada di bawah notis merah yang diminta oleh Amerika Syarikat.
Tambah Interpol, pihak berkuasa sedang merancang untuk memulakan prosedur ekstradisi Francis.
Pada Isnin, akhbar tempatan memetik sumber kehakiman melaporkan, ahli perniagaan itu muncul pada hari berikutnya di Mahkamah Caracas.
Dia dilaporkan memberitahu perbicaraan bahawa dia mahu tinggal di Venezuela dan merayu untuk mendapatkan suaka politik kerana menderita kanser buah pinggang metastatik.
Minggu lalu, Interpol berkata, Francis tiba di Venezuela melalui Mexico dan Cuba dan merancang untuk terus ke Rusia.
Selama lebih 10 tahun, Francis mendalangi pelbagai skim rasuah, di mana pegawai Tentera Laut AS diberi hadiah, wang tunai dan perkhidmatan seks apabila mereka membantu perniagaan perkhidmatan perkapalan Francis, yang mengawal pelabuhan di seluruh Asia Tenggara.
Skim itu merompak sekurang-kurangnya AS$35 juta (RM160 juta) wang pembayar cukai dan membawa kepada sabitan hampir 36 pegawai Tentera Laut AS.
Francis membuat perjanjian rayuan dengan bersetuju menyerahkan AS$35 juta itu kepada kerajaan AS.
Dia membayar AS$5 juta beberapa tahun lalu, sebelum melarikan diri dan masih berhutang AS$30 juta kepada kerajaan.
Sebelum ini, Francis ditahan di sebuah hotel di San Diego dalam satu serbuan pihak berkuasa persekutuan pada 2013.
Selepas membuat pengakuan bersalah dan berdepan beberapa masalah kesihatan termasuk kanser buah pinggang, Francis dibebaskan atas faktor kesihatan dan dikenakan tahanan rumah sejak 2018.
Astro Awani
Tue Sep 27 2022
Leonard Glenn Francis telah ditangkap pada 21 September di lapangan terbang antarabangsa di luar Caracas ketika dia bersedia untuk berlepas ke Rusia. - Foto fail/AP
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Di peringkat permulaan, Fakulti Kecerdasan Buatan bermula di UTM dan ada juga konsortium dengan universiti yang lain juga.
Pusat dialisis Perkeso di Pulau Pinang hujung tahun ini
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal membuka sebuah pusat dialisis di Pulau Pinang menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.
AWANI Ringkas: Ada usaha kurangkan majoriti
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Pulau Pinang umum pelan untuk Taman Reka Bentuk IC dan digital
Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan pelannya untuk mewujudkan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) dan Digital.
PM Anwar hadir Mesyuarat Pembangunan Kedah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman.
Piala Thomas: Gegaran sambutan tayangan skrin besar
Bersama Wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud di Putrajaya, Dataran Putrajaya, membuat liputan gegaran sambutan tayangan skrin besar Separuh Akhir Piala Thomas.
Polis tahan 28 lelaki bergaduh di Butterworth
Polis menahan 28 lelaki hari ini, dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan di Jalan Raja Uda di Butterworth pada Jumaat, seperti yang tular melalui media sosial.
KPDN terima 15,753 aduan pengguna setakat April - Fuziah
Sebanyak 15,753 aduan kepenggunaan diterima di seluruh negara, termasuk 7,711 aduan menerusi platform Aduan Suri KPDN.
'Fat Leonard' mahu dapatkan suaka politik di Venezuela
Leonard Glenn Francis telah ditangkap pada 21 September di lapangan terbang antarabangsa di luar Caracas.
Ekstradisi 'Fat Leonard' mungkin ambil masa
Biar pun Washington dan Caracas mempunyai perjanjian ekstradisi yang terhad, pentadbiran Presiden Joe Biden tidak mengiktiraf kerajaan sosialis pimpinan Presiden Nicolas Maduro.