JOHOR BAHRU: Tindakan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan 'fatwa politik' haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai Sabtu ini, adalah akibat terpengaruh dengan sekutunya, Pas.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan kerana pendekatan Pas yang dibawa Presidennya, Abdul Hadi Awang boleh membuatkan rakan sekutunya terikut-ikut dan terpengaruh.
"Saya sendiri tidak terkejut sama sekali (fatwa haram) kerana parti yang Muhyiddin dampingi sekarang ini adalah parti Pas. Pas sekarang tidak seperti zaman Allahyarham Yusof Rawa, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, Haron Din, Datuk Yahya Othman, ia berbeza... ini nama-nama yang sangat menjaga akhlak politik mereka.
"Tapi Pas sekarang di bawah Abdul Hadi Awang...kuasa adalah segala-galanya. Kekuatan Pas sekarang ini diukur dengan jumlah kerusi yang dimenangi. Kempen di Johor pun Hadi masih meratib perkara sama iaitu menang di Pulai ertinya jatuh Kerajaan Perpaduan.
"Sifir matematiknya tidak masuk akal langsung tetapi masih diungkap. Apabila lama berkawan (Muhyiddin dan Pas) ternyata beberapa perkara, pendekatan dan tabiat seperti itu, sekarang menjadi ikutan pula parti Bersatu. Ini sesuatu yang sangat malang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Ceramah Perpaduan Pulai di Taman Dahlia di sini, malam semalam sebagai mengulas tindakan Muhyiddin yang melarang pengundi Parlimen Pulai untuk mengundi calon PH itu dengan yang mengeluarkan"fatwa haram" ketika berkempen dalam Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN), Ahad lepas.
Turut hadir, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid serta calon PH Suhaizan Kaiat.
Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri (KDN) dalam pada itu menggesa agar Presiden Bersatu itu tidak mengulangi tindakan seumpama itu, sebaliknya menggunakan pendekatan yang positif dan sihat apabila berkempen.
"Memadailah kita bertarung dalam politik ini dengan menawarkan sesuatu yang dibandingkan...dasar dengan dasar dan program dengan program, tawaran dengan tawaran. Saya fikir itu lebih molek berbanding melemparkan atau mengenakan satu hukum, terutama disandarkan dengan agama tanpa mengikut tertib, kaedah sesuatu hukum itu dikeluarkan," katanya.
PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub, pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak Sabtu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023
Saifuddin menggesa agar Presiden Bersatu itu tidak mengulangi tindakan seumpama itu, sebaliknya menggunakan pendekatan yang positif dan sihat apabila berkempen.
Doktor Itali paling tua di Eropah, gelombang persaraan memuncak pada 2025
Persatuan Geriatrik Hospital dan Wilayah Itali (SIGOT) menganggarkan seramai anggarkan 13,156 doktor layak bersara pada 2025.
Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak kepada RM78.7 bilion pada 2023 - DOSM
Pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2023 apabila merekodkan lonjakan dalam jumlah perbelanjaan.
Potret Winston Churchill yang dicuri dari hotel Kanada dijumpai di Itali
Sebuah potret bekas Perdana Menteri United Kingdom Winston Churchill yang dicuri dari sebuah hotel mewah di Ottawa, ditemukan di Itali dan akan dikembalikan akhir bulan ini.
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semua program DBKL guna penjenamaan 'Kreatif Kuala Lumpur'
Jelas Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, jika semua program menggunakan pelbagai penjenamaan kesannya tidak dapat menonjolnya kreatifnya bandar raya Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: Komitmen laksana MA63
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KLCCT - Beri nafas baharu pada bangunan lama sekitar KL
Jelas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif misi utama KLCCT adalah menggunakan seni dan budaya sebagai pemangkin untuk penjenamaan semula bandar raya Kuala Lumpur.
Francine landa selatan Louisiana
Taufan Francine melanda persisiran pantai di selatan Louisiana apabila hujan lebat melanda New Orleans pada Rabu.
Cederakan anak saudara, tertuduh kes bunuh ibu, bapa dipenjara sembilan tahun
Seorang penganggur yang dituduh membunuh ibu bapa serta anak saudaranya sebelum membakar kediaman mereka di sini Ogos lepas, dihukum penjara sembilan tahun.
Anwar mempengerusi mesyuarat MTPMA63 di Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahi mmempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kota Kinabalu.
Isu 3R: Polis ambil keterangan Muhyiddin Selasa, buka dua lagi kertas siasatan
Polis membuka dua lagi kertas siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tindakannya yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur 3R iaitu agama, bangsa dan
Fatwa Haram: Muhyiddin terpengaruh dengan Pas - Saifuddin Nasution
Tindakan Muhyiddin mengeluarkan 'fatwa politik' haram mengundi calon PH pada PRK Parlimen Pulai adalah akibat terpengaruh dengan Pas.
Polis akan panggil Muhyiddin dalam masa terdekat
Polis menerima dua laporan terhadap Muhyiddin berhubung ucapannya berkaitan 'fatwa' haram mengundi calon PH pada PRK Parlimen Pulai.