IPOH: Naib Pengerusi DAP Perak, Abdul Aziz Bari dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Lahat di sini hari ini dipercayai berkaitan isu darurat dan Yang di-Pertuan Agong yang disiarkan secara langsung di laman Facebook miliknya bulan lalu.
Dia dipanggil polis untuk memberi keterangan bermula jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira 1 tengah hari.
Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebing Tinggi mengakui siasatan polis itu berkaitan isu darurat dan Yang di-Pertuan Agong yang disiarkan secara langsung di laman Facebooknya bulan lalu.
"Apa yang boleh saya katakan adalah ia berkaitan isu Yang di-Pertuan Agong dan darurat yang pernah saya bincangkan sebelum ini melalui 'FB Live'.
"Saya rasa ada pihak yang tidak selesa dengan apa yang saya cakap sebelum ini dan cuba dijadikan bahan laporan yang diambil di luar konteks dan saya dianggap sebagai mahu melagakan institusi Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Balai Polis Lahat di sini hari ini.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu berkata, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, termasuk kemungkinan menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara bagi pendakwaan.
"Saya akur dan sedia beri kerjasama. Setakat ini hanya saya yang dipanggil berkaitan isu ini, yang lain saya tidak tahu tetapi yang pasti siasatan dibuat mengikut Kanun Tatacara Jenayah," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, Abdul Aziz mungkin berdepan tindakan polis berhubung kenyataannya itu ekoran terdapat laporan polis dibuat terhadapnya.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Feb 24 2021
Aziz menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, termasuk kemungkinan menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara bagi pendakwaan. - Gambar fail/BERNAMA
Peserta KLTITC24 daki 1,608 anak tangga tuju menara KL
Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024 (KLTITC24) melabuhkan tirai pada Ahad dengan mencipta sejarah baharu apabila 1,500 peserta dari 15 negara berjaya mendaki 1,608 anak tangga menuju ke Pelantar Pemandangan Tertutup Menara Kuala Lumpur, pada ketinggian 292 meter.
Rekod dipecahkan apabila perlumbaan tahun ini menetapkan piawaian baharu kepada jumlah anak tangga tersebut berbanding 1,576 anak tangga sebelum ini.
Rekod dipecahkan apabila perlumbaan tahun ini menetapkan piawaian baharu kepada jumlah anak tangga tersebut berbanding 1,576 anak tangga sebelum ini.
Banjir: Jumlah mangsa kembali meningkat susulan amaran hujan lebat berterusan
1,093 mangsa daripada 326 keluarga kini ditempatkan di 27 PPS, di tujuh negeri.
ZTE Global mahu melabur dalam sektor digital
ZTE Global berhasrat mewarnai landskap digital di Malaysia bagi meningkatkan infrastruktur kesalinghubungan luar bandar. Kerjasama itu sekali gus merapatkan jurang digital miskin bandar dalam memacu pembangunan inklusif ketersediaan rangkaian di Malaysia dan menjadikan negara sebagai hab digital kecerdasan buatan (AI).
Jumlah mangsa kembali meningkat susulan amaran hujan lebat berterusan
Dua negeri di pantai timur kembali membuka semula pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan Terengganu dan Pahang.
Isu tumpuan parlimen hari ini
Perbahasan di Parlimen hari ini memfokuskan isu premium insurans, inflasi kos perubatan, titah adendum Lembaga Pengampunan, subsidi petrol, dan pindaan undang-undang perubatan.
Penumpang cuba rampas pesawat Mexico, lencong ke AS
Seorang penumpang dalam penerbangan domestik di Mexico cuba melencongkan pesawat itu ke Amerika Syarikat (AS) secara paksa tetapi berjaya dihalang oleh kru penerbangan dan penumpang.
Suspek, yang ditahan selepas insiden itu dilaporkan mengaku bahawa dia melakukan perbuatan berkenaan kerana penjenayah telah menculik seorang ahli keluarga terdekatnya dan mengancam nyawanya.
Suspek, yang ditahan selepas insiden itu dilaporkan mengaku bahawa dia melakukan perbuatan berkenaan kerana penjenayah telah menculik seorang ahli keluarga terdekatnya dan mengancam nyawanya.
Depot minyak Itali terbakar, dua maut sembilan cedera
Dua maut manakala sembilan lagi cedera dalam satu letupan yang berlaku pada Isnin di sebuah fasiliti depot minyak milik syarikat tenaga Itali di Calenzano.
Menurut Presiden Wilayah Tuscany, tiga individu turut dilaporkan hilang dalam insiden berkenaan.
Menurut Presiden Wilayah Tuscany, tiga individu turut dilaporkan hilang dalam insiden berkenaan.
Gunung berapi Kanlaon meletus, 87,000 penduduk berpindah
Dalam pada itu, kira-kira 87,000 penduduk akan berpindah susulan letusan Gunung berapi Kanlaon.
Menurut pihak berkuasa Filipina, proses pemindahan segera sedang dijalankan.
Menurut pihak berkuasa Filipina, proses pemindahan segera sedang dijalankan.
Gunung berapi Kanlaon di Filipina meletus
Sebuah gunung berapi meletus di tengah Filipina pada Isnin, mengeluarkan tiang abu besar ke udara, menyebabkan kerajaan mengarahkan pemindahan kampung berdekatan.
Depot minyak Itali terbakar, dua maut, sembilan lagi cedera
Kanlaon, setinggi 2,400 meter di atas paras laut di Pulau Negros, adalah satu daripada 24 gunung berapi aktif di Filipina.
Kalimah Allah: Aziz Bari buat laporan polis
Laporan itu dibuat susulan penyebaran poster kononnya beliau dan DAP punca kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.
FB Live mengenai darurat: Aziz Bari beri keterangan kepada polis
Dia dipanggil polis untuk memberi keterangan bermula jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira 1 tengah hari.