KUALA LUMPUR: Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menggalakkan kesemua ahlinya menyertai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan mencarum di bawah skim itu untuk perlindungan ketika bekerja.
Presidennya Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata ahli-ahli perlu memanfaatkan peluang itu dengan segera menyertai skim berkenaan kerana risiko untuk ahli FDAM mendapat kemalangan ketika berada di set penggambaran boleh berlaku pada bila-bila masa.
Beliau berkata skim berkenaan banyak memberi manfaat kepada ahli FDAM terutama bagi mereka yang sebelum ini tidak pernah membuat caruman mahupun mempunyai insurans peribadi.
"Apabila setiap ahli menyertai SKSPS, ia sekurang-kurangnya dapat menampung sebarang kesulitan yang mungkin berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Afdlin Shauki, FDAM menyambut baik usaha kerajaan menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bersama Perkeso yang menawarkan SKSPS kepada penggiat seni termasuk ahlinya.
"FDAM turut berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi, Finas dan Perkeso kerana membantu (menaja) 4,500 kuota untuk golongan penggiat seni membuat caruman menerusi SKSPS.
"Malah, ini juga menjadi peluang keemasan buat ahli FDAM kerana caruman yang ditawarkan akan dibiayai Finas bagi tempoh setahun," katanya.
Terdahulu Finas bersetuju menaja 4,500 penggiat seni tanah air untuk mencarum di bawah SKSPS Perkeso dengan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata tajaan itu adalah 10 peratus daripada jumlah caruman SKSPS bernilai RM232.80 setahun yang perlu dibayar oleh setiap pencarum bagi skim perlindungan berkenaan.
Inisiatif itu adalah hasil memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Kementerian Komunikasi melalui Finas bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Perkeso pada 23 April lepas bagi menyediakan sokongan jaringan keselamatan sosial kepada penggiat seni.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Menurut Afdlin Shauki, FDAM menyambut baik usaha kerajaan menerusi Finas bersama Perkeso yang menawarkan SKSPS kepada penggiat seni termasuk ahlinya. - Gambar fail/Sinar Harian
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Pendidikan TVET, industri halal Malaysia-Hong Kong digiatkan
Hong Kong bersedia berkongsi kepakaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional dengan Malaysia.
Tidak timbul isu lewat selesai skolah daif, pelaksanaan ikut giliran dan jadual
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak timbul isu lewat naik taraf sekolah daif kerana ia dilaksanakan mengikut giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
FDAM galakkan ahli mencarum SKSPS - Afdlin
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menggalakkan kesemua ahlinya menyertai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso.
Afdlin Shauki dilantik Pengerusi baharu FDAM
Afdlin berikrar untuk menaikkan kembali imej FDAM yang tercalar sebelum ini.
COVID-19: Ahli FDAM bakal dapat vaksin berkelompok - Ahmad Ibrahim
Presiden FDAM Ahmad Ibrahim berkata peluang itu turut terbuka kepada pasangan mereka dan anak berusia 18 tahun ke atas.
Segerakan program imunisasi berkelompok untuk penggiat industri kreatif
Dalam keadaan tanpa vaksinasi pasti sukar bagi stesen atau penerbit luar untuk membuat dan membekalkan program baharu kerana risiko jangkitan akan berlaku.
Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dilantik penaung pertama FDAM
Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dilantik sebagai penaung Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) yang pertama sejak persatuan itu ditubuhkan pada tahun 1993, berkuat kuasa 1 Feb lepas.
FDAM jangan lupa matlamat asal persatuan
Matlamat penubuhan FDAM ialah untuk menjadi pencetus dan pendokong gagasan Filem Nasional Malaysia.
COVID-19: Masih belum ada keputusan benarkan aktiviti penggambaran
Kerajaan masih belum memutuskan sebarang keputusan bagi industri perfileman untuk menjalankan aktiviti penggambaran kerana bimbang faktor penjarakan sosial sukar dipatuhi.