awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Felda tanggung hutang RM10.7 bilion, masalah kecairan RM1.3 bilion

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/12/2020
03:41 MYT
Felda tanggung hutang RM10.7 bilion, masalah kecairan RM1.3 bilion
Hutang peneroka yang tinggi serta kadar kutipan hutang yang tidak memberangsangkan turut memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan kedudukan kewangan Felda. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) terpaksa membuat pinjaman dan menanggung hutang mencecah RM10.7 bilion bagi memastikan operasi harian berjalan, susulan masalah kewangan sejak 2013.
Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Felda turut berdepan masalah untuk membayar balik hutang mereka.
Keadaan itu menyebabkan Felda berdepan masalah kecairan sebanyak RM1.3 bilion, setakat September lalu, jelas Ahli Parlimen Jeli itu.
"Sehubungan ini, kerajaan bersetuju memberikan moratorium selama dua tahun kepada Felda untuk salah satu daripada hutangnya, dan sebuah institusi yang lain memberi Felda moratorium selama enam bulan.
"Di samping itu, hutang peneroka yang tinggi serta kadar kutipan hutang yang tidak memberangsangkan turut memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan kedudukan kewangan Felda," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) berhubung pelan perancangan kerajaan bagi memulihkan kembali aliran tunai dan hutang Felda.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan dan Keberkesanan Pelan Pemulihan Felda telah ditubuhkan bagi memastikan petunjuk prestasi utama yang ditetapkan dicapai.
Katanya, jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar, akan memantau pelaksanaan langkah-langkah dengan rapi agar ia dilaksanakan dengan lebih berkesan dan lancar.
Langkah-langkah pemulihan tersebut dijangka membawa hasil positif ke atas Felda pada 2023, tambah beliau.
"Selain itu, bagi memastikan Felda mencapai kemampanan kewangan dan kelestarian, Jemaah Menteri pada 14 Oktober 2020 telah meluluskan pelan pemulihan Felda.
"Antara syor yang diluluskan adalah penerbitan sukuk yang dijamin oleh kerajaan berjumlah RM9.9 bilion di mana RM6.0 bilion akan digunakan bagi mengurangkan beban hutang Felda dan bakinya akan digunakan untuk meningkatkan pendapatan teras iaitu melalui pengambilalihan pegangan saham FGV serta melaksanakan penamatan Perjanjian Pajakan Tanah," katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Wahid Omar
#Mustapa Mohamed
#Felda
#Dewan Rakyat
#operasi
#Perdana Menteri
#FGV
#rakyat
#Petunjuk Prestasi Utama
#langkah pemulihan
#hasil positif
#kewangan
#pelan pemulihan
#jemaah menteri
#Sukuk
#hutang
#pendapatan
#saham
#pajakan tanah
#pinjaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan