awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena air laut pasang besar di Selangor masih terkawal - JBPM

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
15/11/2020
00:58 MYT
Fenomena air laut pasang besar di Selangor masih terkawal - JBPM
Hussin berkata tiada risiko kejadian banjir direkodkan buat masa ini ekoran tiada berlaku hujan lebat dan angin kencang ketika air laut pasang.
KLANG:Lima wilayah di Selangor yang terlibat dengan fenomena air laut pasang besar masih berada dalam keadaan terkawal.
Hasil tinjauan Astro AWANI di Jeti Pulau Ketam, di sini, keadaannya seperti sedia kala meskipun air naik sehingga ke paras 5.6 meter pada pukul 5.44 pagi tadi.
Menurut Ketua Zon Klang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Selangor, Hussin Ab Rahman, tiada risiko kejadian banjir direkodkan buat masa ini ekoran tiada berlaku hujan lebat dan angin kencang ketika air laut pasang.
"Berdasarkan pemerhatian dan tinjuan kami pada pukul 5 pagi tadi di beberapa kawasan di Klang, keadaan air masih terkawal seperti yang diramal iaitu dengan ketinggian 5.6 meter.
"Sehubungan itu, tiada risiko kawasan akan terjejas banjir buat masa ini dan tahap keselamatan penduduk masih lagi berada pada tahap yang baik," katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.
Perkembangan terkini fenomena air pasang besar di Selangor#NormaBaharu #DisiplinMalaysia #HapusCOVID19 pic.twitter.com/FjCSEn2NmF
— Astro AWANI (@501Awani) November 15, 2020
Dalam pada itu, Hussin meminta agar semua penduduk di kawasan berisiko dapat mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan selain mengehadkan aktiviti rekreasi air di pesisir pantai.
"Buat masa ini, saya minta agar orang awam mengurangkan atau tidak mengunjungi kawasan berisiko tinggi seperti pantai, sungai atau mana-mana tali air kerana kita tidak tahu bilakah air pasang besar akan berlaku.
"Selain itu, ibu bapa juga dinasihatkan agar terus memantau anak-anak masing-masing agar tidak mengunjungi kawasan-kawasan yang disenaraikan sebagai berisiko dalam tempoh ini," ujarnya.
Fenomena air pasang besar laut membabitkan lima wilayah iaitu di Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
Daripada lima wilayah itu, sebanyak 51 kawasan di negeri Selangor diletakkan dalam kawasan berisiko tinggi berlaku kejadian banjir akibat air laut pasang besar berkenaan.
Sehubungan itu, sebanyak 21 pusat pemindahan diaktifkan Kerajaan Negeri Selangor membabitkan lima wilayah berkenaan.
Topic Berkaitan
#air laut pasang besar
#Jeti Pulau Ketam
#Hussin Ab Rahman
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Sabak Bernam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan