awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena air pasang besar di Sarawak diramal bermula hari ini

Astro Awani
Astro Awani
19/01/2015
01:28 MYT
Fenomena air pasang besar di Sarawak diramal bermula hari ini
Seramai 2,534 orang mangsa banjir dari 28 buah kampung di beberapa bahagian di Kuching telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir setakat jam 7 pagi tadi. - Foto Bernama
Jumlah mangsa banjir di Sarawak dijangka akan terus meningkat hari ini berikutan hujan lebat yang turun tanpa henti di negeri itu sejak Sabtu lalu.
Ini diburukkan lagi dengan ramalan akan berlakunya fenomena air pasang besar yang dijangka bermula hari ini hari sehingga 26 Januari akan datang.
Menurut kalendar tahunan kerajaan negeri, Sarawak akan mengalami air pasang besar setinggi 5.7 meter hari ini diikuti dengan enam meter tinggi pada keesokkan harinya dan paras yang paling tinggi dijangka mencecah 6.3 meter yang akan berlaku pada 22 dan 23 Januari nanti.
Sementara itu, seramai 2,534 orang mangsa banjir dari 28 buah kampung di beberapa bahagian di Kuching telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir setakat jam 7 pagi tadi setelah kediaman mereka dinaiki air bermula petang semalam akibat hujan lebat sepanjang dua hari lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bilik Operasi Banjir Kuching, jumlah berkenaan melibatkan sejumlah 520 buah keluarga.
Jumlah tertinggi yang dicatatkan bagi mangsa permindahan adalah di daerah Padawan yang mencatatkan seramai 1,386 orang mangsa, diikuti oleh daerah Kuching 882 orang mangsa, daerah Siburan 211 orang dan daerah Bau 55 orang mangsa.
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sama ada dewan masyarakat atau di sekolah yang berada di kawasan tinggi.
Topic Berkaitan
#banjir
#King Tide
#Kuching
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan