awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena air pasang dan banjir di Sabah, jumlah mangsa dipindahkan meningkat kepada 1,636

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
26/12/2022
02:39 MYT
Fenomena air pasang dan banjir di Sabah, jumlah mangsa dipindahkan meningkat kepada 1,636
Jumlah mangsa banjir dan air pasang di Sabah terus meningkat kepada 1,626 orang susulan hujan berterusan sejak Jumaat lalu.
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir dan air pasang di Sabah terus meningkat kepada 1,626 orang susulan hujan berterusan sejak Jumaat lalu.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, ia melibatkan 366 keluarga daripada empat daerah yang terjejas.
Tiga daerah iaitu Pitas, Sandakan dan Kota Kinabalu terjejas akibat fenomena air pasang besar.
Manakala satu daerah iaitu Kota Belud adalah ekoran banjir.
Sementara, 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh Sabah ekoran kejadian itu.
"Sejumlah 745 mangsa ditempatkan di enam PPS di Pitas; Sandakan (684) dan Kota Kinabalu (54). Di Kota Kinabalu dua PPS dibuka dengan menempatkan 143 mangsa," katanya dalam kenyataan setakat pukul 8 pagi Isnin.
Tambah kenyataan itu, terdapat pertambahan jumlah mangsa di dua PPS iaitu di SK Sungai Anib 2, Sandakan dan Dewan SMK Pinggan-Pinggan Pitas.
Pertambahan itu melibatkan fenomena air pasang besar di dua kawasan terbabit.
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#Air Pasang di Sabah
#kawasan terjejas banjir
#bencana alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan