PARA saintis menemui 'taufan ruang angkasa' di atas Kutub Utara untuk pertama kalinya, sekali gus memberi indikasi awal mengenai fenomena yang mungkin terjadi di planet lain di seluruh alam semesta.
Taufan tersebut bukan berbentuk seperti air sebaliknya merupakan hujan elektron yang berputar lawan arah jam.
Penyelidikan diketuai Universiti Shandong, China yang menggunakan data satelit untuk menganalisis dan mengenal pasti taufan ruang angkasa mendapati, ia bukan corak udara dan air yang berpusing, sebaliknya gas plasma ion.
Taufan itu dilihat berlaku kira-kira lapan jam sebelum hilang.
"Hingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada taufan plasma ruang angkasa wujud, jadi sebagai buktinya adalah dengan hasil pemerhatian yang sangat luar biasa ini,” kata Profesor Mike Lockwood, saintis angkasa di University of Reading.
Memetik laporan The Watchers, Lockwood berkata taufan ruang angkasa berupaya menjadi fenomena alam semesta, sama ada di planet mahupun bulan apabila wujudnya medan magnet dan plasma.
"Ribut tropika dikaitkan dengan sejumlah besar tenaga, dan taufan luar angkasa ini akan dihasilkan menerusi pemindahan tenaga angin solar termasuk zarah-zarah sangat besar dan memasuki ke atas atmosfera bumi.
"Medan plasma dan magnet di atmosfera planet ada di seluruh alam semesta, jadi penemuan ini menunjukkan taufan ruang angkasa akan menjadi satu fenomena yang besar,” katanya.
Taufan luar angkasa, yang terjadi sewaktu tempoh aktiviti geomagnetik rendah, dikesan mempunyai ciri utama yang sama dengan taufan di atmosfera bumi.
Para saintis mengatakan proses itu mungkin juga penting untuk interaksi antara angin dan sistem solar lain di seluruh alam semesta.
Astro Awani
Thu Mar 04 2021

Taufan luar angkasa yang dikesan bukan berbentuk seperti air sebaliknya merupakan hujan elektron yang berputar lawan arah jam. - Foto Qing-He Zhang @Shandong University

AS tangguh penggunaan vaksin J&J susulan kes pembekuan darah
Ini bagi memberi ruang siasatan berkaitan laporan wujudnya masalah pembekuan darah kesan daripada penggunaan vaksin tersebut.

Tentera AS bakal berundur dari Afghanistan 11 Sept depan
Amerika Syarikat bakal mengundurkan tenteranya dari Afghanistan menjelang 11 September depan.

ICERD: Saya bukan menteri bertanggungjawab - Saifuddin Abdullah
ICERD terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan dan pernah diucapkan Dr Mahathir di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2018.

Kluster Jalan Canning Estate: Bazar Ramadan Stadium Perak dikawal ketat
Kawalan serta pemantauan bagi SOP di Bazar Ramadan membabitkan sebanyak 110 gerai itu, dijalankan pihak berkuasa terdiri dari Rela dan polis.

Pelumba PYSRT harap tuah menyebelahi mereka di Portimao, Portugal
MotoGP 2021 yang bersambung semula selepas berehat seminggu diharap memberikan peluang kepada Morbidelli dan Rossi meningkatkan prestasi.

MBI akan perluas e-dompet di pasar, medan selera selepas Aidilfitri
Ia bagi menggalakkan budaya digital dan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai menerusi platform pengendali e-dompet yang terpilih.

COVID-19 | Aktiviti waktu malam di London kembali normal
Aktiviti bersosial di kota London kembali dirasai apabila orang ramai mula berpusu-pusu ke restoran dan kafe di ruangan luar kedai pada Selasa. Mereka yang memeriahkan suasana, memenuhi jalanan di pusat tumpuan di kota London seperti Soho dan Chinatown, dengan pemakaian pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Bisnes | Grab bakal disenaraikan di Amerika Syarikat
Syarikat Start-Up paling bernilai Asia Tenggara, Grab Holding Inc, bakal disenaraikan di Amerika Syarikat menerusi penggabungan dengan sebuah syarikat tujuan khas pemilikan Altimeter Growth Corp. Syarikat itu dijangka merekodkan nilai 39.6 billion menerusi penyenaraian itu.

COVID-19 | Solat jemaah di Mekah pada hari pertama Ramadan
Kemeriahan bulan Ramadan tahun ini turut dirasai di Mekah, Arab Saudi apabila jemaah dapat kembali menunaikan solat fardhu termasuk solat terawih secara berjemaah.

COVID-19 | Indonesia sambut Ramadan dengan kelonggaran SOP
Umat Islam di Indonesia menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan kes COVID-19 terus mencatatkan pertambahan ketika beberapa perintah sekatan dilonggarkan. Kini, masjid dibuka semula untuk solat terawih dengan kawalan SOP yang ketat, serta pusat beli-belah dibenarkan beroperasi selepas beberapa bulan ditutup.

Fenomena alam luar biasa: 'Taufan ruang angkasa' dikesan atas Kutub Utara
Taufan tersebut bukan berbentuk seperti air sebaliknya merupakan hujan elektron yang berputar lawan arah jam.