awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena El-Nino antara faktor kekurangan benih ikan patin

Bernama
Bernama
27/05/2023
08:16 MYT
Fenomena El-Nino antara faktor kekurangan benih ikan patin
Penternak digalakkan mengambil benih-benih yang bersaiz besar bagi mengurangkan tempoh ternakan dan risiko kematian, yang secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil pengeluaran dan keuntungan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Keadaan cuaca yang tidak menentu akibat Fenomena El-Nino ketika ini merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan benih ikan patin, kata Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain.
Beliau berkata Jabatan Perikanan (DOF) memandang serius isu kekurangan benih ikan air tawar khususnya patin, dengan beberapa tempat penetasan milik kerajaan di Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) telah berusaha memenuhi permintaan bekalan benih itu dari penternak di seluruh negara.
"PPA Perlok, PPA Bukit Tinggi, PPA Tapah sedang meningkatkan pengeluaran benih ikan patin bagi tahun ini iaitu sebanyak 600,000 ekor bersaiz satu ke dua inci. Pusat ini turut menawarkan bantuan benih secara percuma kepada penternak.
"Pengeluaran benih patin akan menjadi keutamaan bagi tahun 2023 bagi memenuhi permintaan semasa," katanya dalam kenyataan hari ini, sebagai merujuk laporan akhbar tempatan mengenai bekalan ikan patin yang dikatakan makin kritikal.
Adnan berkata DOF menggalakkan penyertaan nurseri pihak swasta untuk meningkatkan pengeluaran benih menggunakan teknologi 'bioflok' yang dapat mengeluarkan benih lebih tahan lasak, kadar hidup lebih 95 peratus dan juga menjimatkan kos pengeluaran.
Beliau berkata penternak juga digalakkan mengambil benih-benih yang bersaiz besar bagi mengurangkan tempoh ternakan dan risiko kematian, yang secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil pengeluaran dan keuntungan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#el-Nino
#kekurangan benih ikan
#ikan patin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan