awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Feri ikonik: Hari penuh emosi buat penduduk Pulau Pinang - Guan Eng

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
31/12/2020
07:34 MYT
Feri ikonik: Hari penuh emosi buat penduduk Pulau Pinang - Guan Eng
Bermula 1 Januari (esok), perkhidmatan feri lama hanya boleh digunakan oleh penunggang motosikal dan basikal manakala perkhidmatan feri untuk membawa kereta ditamatkan sepenuhnya. - Gambar Astro AWANI/ HILAL AZMI
GEORGE TOWN:Hari terakhir tahun 2020 merupakan hari paling sedih dan penuh emosi buat penduduk Pulau Pinang.
Itu kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selepas negeri itu bakal kehilangan perkhidmatan feri ikonik buat selama-lamanya.
Malah bekas Ketua Menteri itu berkata, penduduk Pulau Pinang pasti akan mengingati hari di mana mereka kehilangan khazanah dan warisan negeri ketika era pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Hari ini hari yang sedih, kita kecewa, kesal dengan keputusan kerajaan. Janganlah kita lupa hari ini, janganlah kita maafkan mereka yang bertanggungjawab matikan feri Pulau Pinang. Rakyat Pulau Pinang akan terus abadikan feri dalam hati mereka.
“Dengan semangat demikian kami harap perkhidmatan feri ini boleh dikekalkan. Hari ini hari yang sedih (yang) saya rasa (dan) dirasai oleh semua , mari kita nikmati perjalanan terakhir ini akan jadi kenangan selamanya,” kata Guan Eng.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menaiki feri bersama 100 penyokongnya dari Pangkalan Raja Tun Uda di sini ke Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth sebagai simbolik sokongan kali terakhir kepada perkhidmatan feri ikonik tersebut.
BACA: Hanya orang 'Tanjong' dan 'Bagan' saja yang tahu sedihnya
Bermula 1 Januari (esok), perkhidmatan feri lama hanya boleh digunakan oleh penunggang motosikal dan basikal manakala perkhidmatan feri untuk membawa kereta ditamatkan sepenuhnya.
Perkhidmatan bot laju pula akan digunakan bagi membawa penumpang pejalan kaki bagi menggantikan feri ikonik yang sudah beroperasi sejak 126 tahun di negeri itu.
Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Tan Teik Cheng berkata keputusan SPPP itu selaras dengan kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung perkhidmatan berkenaan.
BACA: Feri ikonik P. Pinang hanya untuk motosikal, basikal bermula 1 Jan
Dalam pada itu, Guan Eng berkata, tidak ada sebab untuk kerajaan PN tidak meneruskan feri ikonik ini melainkan hanya untuk menjimatkan kos.
Menurutnya, kerajaan PN sebetulnya boleh meneruskan perkhidmatan sistem pengangkutan itu dengan menyalurkan peruntukan mencukupi bagi membiayai kos penyelenggaran feri ikonik tersebut.
Guan Eng berkata sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih memerintah, feri ikonik berusia 126 tahun itu tidak akan mengalami nasib seperti ketika ini.
“Saya telah sebut bahawa sekiranya kerajaan PH masih memerintah maka feri akan terus kekal berkhidmat… tinggal tiga (feri) saja, dua (feri) operasi dan satu dibaiki semula..
“Jadi, takkan tidak boleh benarkan dua atau tiga feri ini terus beroperasi? Tidak ada sebab kecuali nak jimatkan kos, tapi apakah (makna) kos ini bila kita hilang warisan kita yang begitu bernilai sekali?” soal Guan Eng lagi.
Topic Berkaitan
#Feri Pulau Pinang
#hari penuh emosi
#penduduk Pulau Pinang
#feri ditamatkan
#feri ikonik
#Setiausaha Agung DAP
#Lim Guan Eng
#Raja Tun Uda
#Sultan Abdul Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan