GEORGE TOWN:Bermula 1 Januari ini, perkhidmatan feri lama hanya boleh digunakan oleh penunggang motosikal dan basikal manakala perkhidmatan feri untuk membawa kereta ditamatkan sepenuhnya.
Perkhidmatan bot laju pula akan digunakan bagi membawa penumpang pejalan kaki bagi menggantikan feri ikonik yang sudah beroperasi sejak 126 tahun di negeri itu.
Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Tan Teik Cheng berkata keputusan SPPP itu selaras dengan kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung perkhidmatan berkenaan.
Jelasnya, operasi perkhidmatan feri bagi motosikal dan basikal adalah di antara Pangkalan Sultan Abdul Halim dan Pangkaan Raja Tun Uda.
“Bermula 1 Januari 2021 perkhidmatan feri bagi penumpang adalah dengan feri (bot) laju.
“Operasi perkhidmatan itu adalah di antara Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth dan Terminal Swettenham Pier Cruise di sebelah pulau,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Teik Cheng berkata, perkhidmatan bas shuttle secara percuma pula disediakan untuk membawa penumpang dari Terminal Swettenham Pier ke Pangkalan Tun Raja Uda bagi memudahkan penumpang meneruskan perjalanan dengan bas dan teksi selepas itu.
Dalam pada itu, SPPP memberi jaminan perkhidmatan feri tidak akan terputus dan tambang feri sedia ada juga dikekalkan.
Selain itu, pengguna feri laju juga akan menikmati tambang feri laju secara percuma selama dua minggu bermula 1 Januari ini.
Penggunaan feri laju dan feri sedia ada merupakan langkah interim sebelum feri baharu iaitu bas air dan vehicle tranporter (pengangkut kenderaan) digunakan pada 1 Julai 2022 atau lebih awal.
Dalam tempoh itu, kedua-dua pangkalan feri itu akan diubah suai dan dinaik taraf bagi kesesuaian untuk mengendalikan perkhidmatan baharu tersebut.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Dec 26 2020

Bermula 1 Januari ini, perkhidmatan feri lama hanya boleh digunakan oleh penunggang motosikal dan basikal manakala perkhidmatan feri untuk membawa kereta ditamatkan sepenuhnya. - Gambar fail
Setahun Kerajaan Madani: Platform rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan membuka tirai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Jumaat mencatatkan penurunan kepada 1,495 orang berbanding lebih 2,000 sebelumnya.
Negara Arab, Islam tuntut gencatan senjata
Negara-negara Arab dan Islam menyeru untuk mengundi draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, pada Jumaat.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Lintasan Karem Abu Salem dijangka dibuka tidak lama lagi - PBB
Persimpangan Karem Abu Salem yang terletak antara Israe dan Gaza dijangka akan dibuka tidak lama lagi bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Palestin.
Situasi di Gaza pembunuhan besar-besaran
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengutuk situasi di Gaza sebagai pembunuhan besar-besaran.
Angka korban di Gaza cecah 17,000
Pencerobohan Israel di Gaza menyebabkan ratusan lagi rakyat Palestin terbunuh menjadikan angka korban kini melebihi 17 ribu orang, pada Khamis.
Tiada persetujuan Israel-Hamas mengenai jeda kemanusiaan
White House menyatakan ketiadaan potensi perjanjian jeda kemanusiaan antara Israel dan Hamas dalam masa terdekat, sementara kumpulan tujuh negara terus mendesak bantuan.

Polis siasat kemungkinan Zayn Rayyan mati dijerut
Bedah siasat yang dijalankan selama lima jam itu mendapati memang ada kesan cedera pada bahagian leher mangsa dan beberapa bahagian tubuh lain.

Zayn Rayyan maut dicekik, ada pergelutan dengan pembunuh
Hasil bedah siasat mendapati mangsa berumur enam tahun itu bergelut dengan pembunuhnya.

SPPP yakin pengubahsuaian feri ikonik mampu rangsang industri pelancongan negeri
Tiga syarikat akan mengubah suai feri-feri ikonik itu kepada sebuah muzium terapung, dua feri pelancongan dan dua restoran terapung.

SPPP pelawa pihak berkelayakan kemuka cadangan untuk pajakan feri
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang pelawa pihak berkelayakan mengemukakan cadangan masing-masing bagi tawaran pajakan feri ikonik Pulau Pinang untuk dijadikan muzium atau restoran terapung.

P. Pinang sedia ambil alih feri ikonik jika SPPP dan PPSB sudi 'hadiahkan' feri
Ketetapan itu diputuskan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada Rabu lepas.

Dua sahabat rasa bertuah sempat jadi penumpang feri ikonik terakhir
Menurut Mohd Alif, sudah lebih 10 tahun dia tidak menaiki feri yang menjadi ikon pelancongan di negeri Pulau Mutiara itu.

Feri ikonik: Hari penuh emosi buat penduduk Pulau Pinang - Guan Eng
Mulai esok feri Pulau Pinang akan digantikan dengan perkhidmatan bot laju bagi membawa penumpang jalan kaki.

Tawaran ubah suai feri Pulau Pinang jadi produk pelancongan akan dibuka
Dua buah feri sedia ada akan diubah suai sebagai restoran terapung, muzium atau pelayaran pelancongan.

Feri P. Pinang: "Kalau susah cari alat ganti, tukar enjin baharu" - Guan Eng
Katanya, beliau mewakili suara dan hasrat penduduk Pulau Pinang yang inginkan perkhidmatan itu diteruskan.

Feri ikonik P. Pinang hanya untuk motosikal, basikal bermula 1 Jan
Bermula 1 Januari ini, perkhidmatan feri lama hanya boleh digunakan oleh penunggang motosikal dan basikal manakala perkhidmatan feri untuk membawa kereta ditamatkan sepenuhnya.

Feri Pulau Pinang: Kerajaan negeri masih tunggu penjelasan - Chow
Pihaknya akan memberi masa kepada kedua-dua pihak mendapatkan gambaran jelas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan.