BUKIT MERTAJAM: Enam feri ikonik Pulau Pinang yang sudah lagi tidak digunakan mungkin dilupuskan jika tiada pihak yang berminat mengambil alih atau mengubah suai kegunaannya, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.
Beliau berkata, ini berikutan struktur feri terbabit yang semakin usang serta mereput dan sudah tidak sesuai digunakan bagi tujuan pengangkutan.
"Saya difahamkan bahagian bawah feri tersebut sudah reput, kalau tak ada orang berminat untuk ambil alih, ia tidak boleh disimpan selamanya," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival UDA 2024@Penang di tapak parkir Gravitas Jalan Baru Prai, di sini, pada Ahad.
Chow berkata, sebelum ini, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah membuka tender Permintaan Untuk Cadangan bagi mengubah suai kegunaan feri ikonik itu namun jika tiada pihak yang berminat maka ia mungkin hilang dan diubah ke tempat lain.
Beliau berkata, ketika ini, terdapat dua feri ikonik yang mungkin masih boleh diselamatkan iaitu yang berada dengan syarikat pemaju Ideal Property manakala satu lagi akan dijadikan muzium feri, berpangkalan di Tanjung Marina, di sini.
"SPPP banyak menerima cadangan agar ia kekal digunakan tetapi setelah meneliti kos, bukan senang untuk mengekalkan feri bagi kegunaan perkhidmatan pengangkutan awam tetapi kalau kegunaan lain boleh dipertimbang.
"Tambahan pula terminal telah diubah suai untuk kegunaan perkhidmatan feri baharu yang sedang beroperasi," katanya.
Pengerusi SPPP, Datuk Yeoh Soon Hin sebelum ini memaklumkan, pihaknya memutuskan untuk melupuskan feri ikonik terbabit dengan kadar segera kerana kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilaksana susulan pereputan yang serius dan tidak boleh diapungkan.
Ia juga berikutan insiden pada Rabu lepas yang menyaksikan Feri Pulau Kapas karam akibat kebocoran dan tidak lagi dapat diperbaiki.
SPPP telah memajak feri ikonik kepada beberapa syarikat yang layak untuk dijadikan produk pelancongan negeri pada 2021 namun hasrat menjadikan Feri Pulau Kapas sebagai restoran terapung gagal direalisasi susulan ketidakpatuhan pemajak terhadap perjanjian dan pajakan ditamatkan pada Februari 2023.
Perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang ditamatkan pada 2020 setelah beroperasi lebih 126 tahun dan digantikan dengan perkhidmatan bot laju untuk membawa penumpang individu serta feri bagi motosikal dan basikal. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024

Enam feri ikonik Pulau Pinang yang sudah lagi tidak digunakan mungkin dilupuskan jika tiada pihak yang berminat mengambil alih atau mengubah suai kegunaannya, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. - Gambar hiasan/Wikipedia
Robot dan manusia kongsi laluan dalam maraton
Bagi menambah baik prestasi humanoid, setiap pasukan membuat pelarasan bersesuaian untuk meningkatkan kebolehan robot berjalan jauh.
12 terbunuh dalam serangan di Wilayah Pesisir Ecuador
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam satu serangan bersenjata di sebuah gelanggang sabung ayam di wilayah pesisir Manabi, Ecuador, menurut pihak polis pada Jumaat.

Arab Saudi ingatkan jangan tunai haji tanpa permit
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menekankan bahawa tiada jenis visa yang membenarkan seseorang menunaikan haji tanpa permit.

Banjir: 180 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan di Johor dan Sabah
Di Johor, hanya 25 orang daripada sembilan keluarga masih berlindung di Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat setakat 4 petang ini.

Pemakaian lencana Jalur Gemilang langkah awal pembinaan negara - MCPF
Usaha itu perlu dimulakan daripada peringkat awal pendidikan dengan memberi penekanan terhadap pemahaman Perlembagaan Persekutuan.

Pelan pendidikan tinggi baharu dilancar tahun ini - Timbalan Menteri
Antara tumpuan pelan berkenaan adalah teknologi baharu, terutama berkaitan AI yang semakin menjadi keperluan dalam pelbagai bidang.
KBS komited kukuh dasar kerangka urus tadbir sukan tangani isu anti-doping
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) menerusi Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) sentiasa komited untuk memperkukuhkan dasar kerangka urus tadbir sukan yang berintegiriti untuk mencapai matlamat khususnya atlet-atlet di negara ini sentiasa menjaga integiriti mereka dengan tidak mengamalkan doping.
'Ini adalah permulaan baharu' - Azizulhasni Awang
"Ini adalah permulaan baharu, bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk rakan-rakan atlet muda yang lain," jelas bekas juara dunia keirin Datuk Mohd Azizulhasni Awang. #AWANInews
[TERKINI] Pocket Rocketman terus beraksi namun secara profesional
Datuk Mohd Azizulhasni Awang pada Sabtu mengumumkan untuk meneruskan kariernya sebagai pelumba berbasikal trek namun secara profesional.
Geran individu RM200,000 diperuntukkan untuk Azizulhasni - Hannah
Bekas juara dunia keirin Datuk Mohd Azizulhasni Awang diperuntukkan geran individu RM200,000 untuk bergerak secara profesional bagi tahun 2025-2026, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. #AWANInews

Feri sedang diubah suai senget, hampir tenggelam
Feri bernama Feri Pulau Pinang itu baru ditunda dari Bagan Dalam Slipway ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) pada tengah hari Khamis lalu.

Feri ikonik dijadikan muzium akan ditunda ke SPCT
Feri ikonik Pulau Pinang yang dalam proses pengubahsuaian untuk dijadikan Muzium Feri Pulau Pinang akan ditunda dari Bagan Dalam Slipway ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT), esok.

Feri ikonik Pulau Pinang kian reput, mungkin dilupus - Chow
Enam feri ikonik Pulau Pinang yang sudah lagi tidak digunakan mungkin dilupuskan jika tiada pihak yang berminat mengambil alih atau mengubah suai kegunaannya.

Feri ikonik Pulau Pinang tenggelam akibat tali pengikat putus
SPPP ketika ini sedang berusaha menaikkan semula feri berkenaan manakala pihak bomba pula mengawal minyak daripada tumpah ke dalam laut.

SPPP yakin pengubahsuaian feri ikonik mampu rangsang industri pelancongan negeri
Tiga syarikat akan mengubah suai feri-feri ikonik itu kepada sebuah muzium terapung, dua feri pelancongan dan dua restoran terapung.

SPPP pelawa pihak berkelayakan kemuka cadangan untuk pajakan feri
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang pelawa pihak berkelayakan mengemukakan cadangan masing-masing bagi tawaran pajakan feri ikonik Pulau Pinang untuk dijadikan muzium atau restoran terapung.

P. Pinang sedia ambil alih feri ikonik jika SPPP dan PPSB sudi 'hadiahkan' feri
Ketetapan itu diputuskan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada Rabu lepas.

Dua sahabat rasa bertuah sempat jadi penumpang feri ikonik terakhir
Menurut Mohd Alif, sudah lebih 10 tahun dia tidak menaiki feri yang menjadi ikon pelancongan di negeri Pulau Mutiara itu.

Feri ikonik: Hari penuh emosi buat penduduk Pulau Pinang - Guan Eng
Mulai esok feri Pulau Pinang akan digantikan dengan perkhidmatan bot laju bagi membawa penumpang jalan kaki.

Tawaran ubah suai feri Pulau Pinang jadi produk pelancongan akan dibuka
Dua buah feri sedia ada akan diubah suai sebagai restoran terapung, muzium atau pelayaran pelancongan.