awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Feri jenis 'water bus', 'vehicle transporter' digunakan di P. Pinang bermula 2022

Bernama
Bernama
30/11/2021
06:01 MYT
Feri jenis 'water bus', 'vehicle transporter' digunakan di P. Pinang bermula 2022
Ketika ini, operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang menggunakan feri yang disewa Penang Port Sdn Bhd bagi membawa penumpang pejalan kaki dan penumpang dengan kenderaan beroda dua iaitu motosikal dan basikal. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Feri baharu jenis 'water bus' dan 'vehicle transporter' bakal digunakan bagi operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang bermula penghujung 2022 secara berperingkat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong berkata, Penang Port Sdn Bhd kini dalam proses melaksanakan model perniagaan perkhidmatan feri yang baharu selaras pengambilalihan operasi perkhidmatan feri bermula 1 Jan lepas.
"Selaras pengambilalihan semula oleh pihak Penang Port Sdn Bhd, feri-feri lama telah dihentikan operasi berikutan kondisi feri yang terlalu usang serta tidak lagi efektif dan selamat untuk terus beroperasi bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang.
"...pihak berkuasa pelabuhan iaitu Suruhanjaya Pelabuhan (Pulau Pinang) dan operator pelabuhan Penang Port Sdn Bhd telah merencana penaiktarafan fasiliti pelabuhan dan sistem perkhidmatan operasi feri Pulau Pinang," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang bertanyakan langkah akan diambil kerajaan Persekutuan mengenai penyelenggaraan dan pemulihan perkhidmatan feri Pulau Pinang.
Henry berkata, sepanjang tempoh peralihan ini, operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang menggunakan feri yang disewa Penang Port Sdn Bhd bagi membawa penumpang pejalan kaki dan penumpang dengan kenderaan beroda dua iaitu motosikal dan basikal serta memaklumkan penyelenggaraan feri ini dilaksanakan secara berjadual.
"Dengan pengenalan perkhidmatan feri baharu yang bakal dilaksanakan, kerajaan Persekutuan akan memastikan operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang kekal relevan dan memenuhi kehendak pengguna.
"Kerajaan Persekutuan juga memberi jaminan perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan tanpa sebarang halangan demi kesejahteraan rakyat," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Feri Pulau Pinang
#water bus
#vehicle transporter
#Penang Port Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan