MALAYSIA
Feri karam di Bali: Seorang rakyat Malaysia disahkan korban

Setakat malam Khamis, pasukan mencari dan menyelamat serta pusat operasi di Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi merekodkan 15 kematian, manakala satu mayat masih belum dikenal pasti. - Gambar/ Reuters
JAKARTA: Seorang rakyat Malaysia disahkan antara tiga mangsa yang ditemukan maut dalam tragedi feri karam di Selat Bali, lewat malam 2 Julai lalu.
Ringkasan AI
- Seorang rakyat Malaysia, Fauzey Awang, disahkan antara mangsa tragedi feri KMP Tunu Pratama Jaya yang karam di Selat Bali pada 2 Julai, berdasarkan pengecaman perubatan dan barangan peribadi.
- Setakat ini, tiga daripada empat mayat telah dikenal pasti, manakala jumlah keseluruhan korban mencecah 15 orang, dengan 20 lagi masih hilang dan operasi mencari serta menyelamat masih diteruskan.
- Mangsa lain yang dikenal pasti termasuk dua remaja dari Indonesia, sementara satu mayat wanita belum dikenal pasti, ditemui di kawasan Taman Negara Alas Purwo, Banyuwangi.
"Operasi SAR masih diteruskan bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang," kata Eko dalam satu kenyataan.
Beliau berkata daripada 65 individu yang berada dalam feri KMP Tunu Pratama Jaya semasa kejadian, seramai 45 telah ditemukan setakat ini, dengan 30 orang terselamat dan 15 disahkan meninggal dunia.
Ketika kejadian, Fauzey berada dalam sebuah van pelancong yang turut berada dalam feri malang itu.
Difahamkan, beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai, Bali, selepas menaiki van itu dari Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ketika dihubungi Bernama memaklumkan mereka telah berhubung dengan waris mangsa di Malaysia bagi menyampaikan maklumat terkini serta akan menyalurkan bantuan konsular yang sewajarnya.
Menurut kedutaan, waris turut memaklumkan bahawa mereka akan berlepas ke Banyuwangi pada Jumaat bagi menguruskan urusan berkaitan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami