awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Feri Langkawi-Kuala Kedah terkandas, 511 penumpang berjaya diselamatkan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/02/2023
01:20 MYT
Feri Langkawi-Kuala Kedah terkandas, 511 penumpang berjaya diselamatkan
Penumpang Feri Express Bahagia 168 yang terkandas akibat paras laut surut berjaya diselamatkan dalam operasi malam tadi. -APMM
KUALA KEDAH: Sebuah feri dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah dilapor terkandas pada jam 9.15 malam tadi.
Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah yang memaklumkan menerima panggilan daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM) berhubung perkara itu telah mengatur gerak anggota ke lokasi bagi membantu mengeluarkan penumpang yang terperangkap.
Feri Express Bahagia 168 yang membawa 511 orang penumpang itu dikesan terkandas pada posisi 0.8 batu nautika dari muara Kuala Kedah apabila paras laut surut hingga menyebabkan ia tersangkut di kawasan beting lumpur.
“Bot PERKASA 1224 telah diatur gerak ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan dalam usaha menjaga keselamatan dan membantu pihak feri serta Jabatan Laut Malaysia.
“Feri berkenaan berjaya ditunda balik oleh bot penunda (tug boat) milik sebuah syarikat kargo di Kuala Kedah dengan diiringi oleh bot PERKASA 1224.
“Operasi dikendalikan _Maritim Rescue Sub-Centre_ (MRSC) Langkawi selesai pada jam 12.00 tengah malam,” kata Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Noor Azreyanti Ishak dalam kenyataan hari ini.
Noor Azreyanti berkata, antara agensi sahabat yang terlibat ialah Jabatan Laut Malaysia (JLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Topic Berkaitan
#feri penumpang terkandas
#Pulau Langkawi ke Kuala Kedah
#Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah
#beting lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan