Astro Publication
Thu Jun 04 2015
Bertempat di PortAventura, Barcelona, Ferrari telah meletakkan batu asas bagi membangunkan Ferrari Land. Ia adalah taman tema terbaharu Ferrari yang akan dibangunkan di PortAventura Resort dan pembangunannya dijangka akan menelan belanja sebanyak 100 juta Euro.
Ferrari Land akan meliputi kawasan seluas 75,000 meter persegi dan akan menawarkan pelbagai tarikan yang menarik dan pilihan permainan yang akan berasaskan kepada teknologi daripada Ferrari bagi semua peringkat umur. Ferrari Land dijangka akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2016.
Terdapat dua lagi taman tema yang telah dibangunkan di PortAventura yang mana tema kedua-dua taman tema ini adalah perjalanan ke seluruh dunia (journey around the world) dan warisan dunia.
Cabaran terbesar yang dihadapi didalam pembangunan Ferrari Land ini adalah bagaimana untuk menggabungkan intipati Ferrari yang tertumpu kepada kereta dan kelajuan, dengan intipati PortAventura Park yang menawarkan ciri-ciri pengembaraan imaginasi dan alam khayalan.
Ferrari Land akan menawarkan pelbagai tarikan yang menarik bersesuaian dengan mereka yang berkeluarga, remaja dan peminat tegar Ferrari. Seperti taman tema Ferrari yang terdahulu di Abu Dhabi, permainan-permainan di Ferrari Land ini akan memecah rekod di dalam setiap kategorinya dan akan menjadi penanda aras bagi taman-taman tema yang lain.
Vertical Accelerator bakal menjadi tarikan utama di Ferrari Land. Dibuat oleh Intamin, ianya setinggi 112 meter, menjadikannya rollercoaster paling tinggi di Eropah seterusnya mengalahkan Shambala setinggi 76 meter yang terletak bersebelahan Ferrari Land iaitu di PortAventura Park.
Vertical Accelerator akan menawarkan pengalaman yang sangat mengujakan bagi mereka yang menggemari kelajuan dan menginginkan pengalaman seperti memandu kereta Formula 1. Ianya akan memecut ke kelajuan 180km/j dalam hanya 5 saat untuk memberi pengalaman mengalami daya bersamaan 1.35G. Pengunjung akan dibawa naik ke ketinggian 112 meter dan seterusnya akan menjunam turun 90° bagi mendapatkan kelajuan dan G-force sebanyak ini.
Beberapa tahun kebelakangan ini, PortAventura telah melaksanakan strategi pengembangan bisnes mereka bagi menjadikannya sebagai destinasi percutian terkemuka di Eropah. Bagi mencapai matlamat ini, mereka telah mengambil langkah berani dengan melaksanakan strategi pemasaran lebih luas dan melaksanakan pelbagai projek baharu setiap tahun dan melaburkan wang sebanyak 200 juta Euro sejak tahun 2009 termasuklah membangunkan Ferrari Land.
Dalam sejarah 20 tahun PortAventura, ia telah menerima lebih 60 juta pengunjung. Buat masa ini lokasi ini turut menempatkan empat hotel bertema (4 bintang), sebuah hotel 5 bintang, pusat konvensyen, tiga padang golf yang direka Greg Norman dan kelab dengan hubungan terus ke pantai lautan Mediterranean.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Ferrari Land bakal tarikan terpantas di Sepanyol, dibuka akhir 2016
Selepas Ferrari World, Abu Dhabi, pengeluar supercar Itali ini membuka satu lagi taman tema di Barcelona