Festival perarakan Chingay yang dianjurkan di bandar raya ini tetap meriah meskipun disambut secara sederhana kali ini berikutan kebimbangan risiko jangkitan COVID-19.
Tinjauan Bernama mendapati ribuan orang membanjiri Kuil Xing Gong di Jalan Ulu Ayer Molek di sini, yang menjadi lokasi pertama perarakan lima dewa bagi upacara keagamaan itu.
Persekutuan Tiong Hua, penganjur festival berkenaan juga dilihat mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan pasukan kesihatan bagi memeriksa suhu badan setiap pengunjung yang memasuki kawasan kuil berkenaan.
Penutup hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman tangan turut diedarkan kepada orang ramai.
Kelihatan pengunjung yang menyertai upacara keagamaan berkenaan mengenakan penutup hidung dan mulut, mula membanjiri kawasan kuil seawal pukul 3 petang.
Perarakan berskala kecil sepanjang lapan kilometer di sekitar bandar Johor Bahru, bermula dari Kuil Xing Gong dengan menggunakan lima kereta berhias berbanding 17 kereta berhias pada tahun lepas.
Perarakan yang bermula pada 7 malam itu, tamat kira-kira 9 malam tadi.
Festival yang memasuki tahun ke-150 penganjurannya itu membawa maksud yang signifikan kepada masyarakat Tionghua kerana menggambarkan semangat permuafakatan yang kukuh antara kelima-lima suku dialek iaitu Teochew, Hokkien, Hakka, Guangsiew dan Hainan.
Kerajaan negeri sebelum ini telah menasihatkan penganjur acara-acara utama supaya menangguhkan atau mengadakan secara kecil-kecilan berikutan jangkitan virus berkenaan, yang bermula di China tetapi telah menular ke seluruh dunia.
Malaysia mencatatkan 19 kes COVID-19 setakat ini manakala 67 kes dilaporkan di Singapura yang berjiran dengan Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 14 2020
Kelihatan kaum keluarga penganut agama Buddha mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng muka susulan penularan Covid-19 ketika berkunjung sambil menyaksikan Festival perarakan Chingay tahun ini. --fotoBERNAMA
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
Teksi meletup gas cecair pembasmi kuman bocor
Polis menerima laporan mengenai sebuah teksi jenis Proton Exora meletup semasa sedang bergerak pada jam 3.30 petang.
Guna pencuci lantai ganti 'sanitiser', menteri arah polis tangkap
Perbuatan itu bukan saja suatu penipuan tetapi juga akan membahayakan kesihatan pengguna.
Suruhanjaya Tinggi Singapura sumbang bekalan penjagaan kesihatan, alat bantu mengajar
Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Loy Hui Chien, berkata pembelajaran dalam bilik darjah yang dimulakan kembali adalah penting demi pembangunan pelajar.
Penjaga pintu masuk dikompaun guna air paip ganti cecair pembasmi kuman
Lelaki berusia 38 tahun itu dikenakan tindakan di bawah Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
54,000 liter cecair pembasmi kuman diguna setiap hari untuk bersihkan Masjidil Haram
Operasi itu membabitkan seramai 3,500 pekerja sejak beberapa hari lalu yang membersihkan bahagian dalam dan luar masjid sehingga 10 kali sehari.
Gara-gara kedai arak ditutup, 10 maut minum cecair sanitasi di India
Menurut pihak polis, orang yang ketagih alkohol mula mengambil cecair sanitasi susulan penutupan kedai arak.
Pakai pelitup muka atau denda RM1,000
Rata-rata rakyat boleh dikatakan akur dengan peraturan terbaharu itu daripada membayar denda RM1,000 di bawah Akta 342, sekiranya gagal mematuhinya.
Gara-gara ketagihan arak, 3 maut minum cecair pensanitasi tangan
Golongan gelandangan di kawasan itu sering menyalah guna cecair pembasmi kuman serta beberapa produk lain sebagai pengganti kepada minuman beralkohol.
Kompleks beli-belah Thailand dijangka beroperasi sepenuhnya pada Ahad
Sebelum ini, kompleks beli-belah hanya dibuka kepada pelanggan bank dan juga pelanggan restoran yang membeli bungkusan makanan.
PKP: Beri kelonggaran kepada peniaga kecil di pasar raya - Ameer Ali
Pasar raya besar secara amnya mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard seperti penjarakan sosial dan menyediakan cecair pembasmi kuman.