awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan

Bernama
Bernama
26/11/2024
09:05 MYT
Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Zambry berkata Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut menawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat. - Bernama
PUTRAJAYA: Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini bermula esok hingga Jumaat menyasarkan kehadiran lebih 250,000 pengunjung.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut menawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
"Jadi saya ingin menjemput orang ramai khususnya mereka dalam kalangan anak muda di universiti, politik dan komuniti untuk hadir ke festival ini.
"... bawa dokumen-dokumen penting kerana temu duga akan diadakan terus sempena Festival Idea ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau persediaan Putrajaya FOI di sini hari ini.
Putrajaya FOI yang julung kali diadakan itu menghimpunkan lebih 80 pemimpin, pakar bidang, ahli akademik dan industri dalam pentas forum dan sidang selari menerusi Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS).
Antara tetamu kehormat dan panel atau moderator dijadualkan hadir adalah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes dan Pengerusi Ikhlas Capital Tan Sri Nazir Tun Razak.
Sesi Putrajaya FOI Talk dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut diadakan bersama dua panel lain bagi membincangkan mengenai 'Idea Anak Muda Malaysia' sekali gus beliau dijadual merasmikan program itu pada Khamis ini.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah turut berkenan menyampaikan Titah Diraja di Putrajaya FOI pada Jumaat.
Sebelum ini, Zambry berkata Putrajaya FOI akan menjadi titik permulaan kepada acara tahunan yang mengukuhkan imej Malaysia sebagai negara berasaskan pengetahuan dan inovasi, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#festival idea putrajaya
#peluang pekerjaan
#Karnival Kerjaya
#anak muda
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan