Program tahunan 'Malaysia Fest 2019' akan membawakan keistimewaan Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya bangsa di negara ini untuk diperlihatkan melalui persembahan kebudayaan, makanan, kraftangan dan juga fesyen.
Malaysia Fest 2019 akan berlangsung di 'Central World' di Bangkok dari 20 hingga 23 Jun, bersempena dengan Summit Asean ke-34.
Festival itu dijadualkan akan dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 21 Jun.
Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata, program empat hari itu akan disertai lebih 80 syarikat dan usahawan dari Malaysia, yang setiap satunya membawakan produk unik dan perkhidmatan masing-masing.
Katanya, antara produk yang akan dipamerkan termasuklah makanan sejuk beku Malaysia, kopi, makanan bijirin, biskut, konfeksi, produk kecantikan dan kraftangan.
"Salah satu daripada acara utama ialah di mana para tetamu akan dapat merasai makanan Malaysia, selain demonstrasi masakan sajian Malaysia termasuklah nasi lemak, char koey teow dan asam pedas. Ia akan disediakan dan dihidangkan panas-panas.
"Kami berharap rakyat Thai akan datang dan merasai sendiri masakan Malaysia," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.
Turut hadir Pengerusi Dewan Perniagaan Malaysia-Thai (MTCC), Dr Hwee Khim Boo; Pengurus Pemasaran Central World Bangkok, Patson Sarindu; dan Ketua Pegawai Eksekutif Conceptual Events Worldwide Co Ltd, Soh Chee Beng.
Festival Malaysia 2019 di anjurkan MTCC dan Conceptual Events Worldwide Co Ltd. Program mendapat sokongan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar (MATRADE), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Tourism Malaysia.
Jojie berkata, produk pelancongan, pakej perjalanan, peluang pendidikan, kemudahan perubatan dan produk juga akan dipamerkan di program ini.
"Festival Malaysia ini akan menjadi satu platform yang baik untuk komuniti perniagaan Thai dan pemilik produk Malaysia untuk mewujudkan rangkaian dan meneroka peluang perniagaan dalam pengedaran produk melepasi sempadan," katanya.
Tambah beliau, pengunjung juga akan dapat melihat persembahan kebudayaan Malaysia
Pengunjung bertuah akan dapat peluang memenangi tiket penerbangan pergi-balik ke Malaysia, penginapan hotel percuma dan juga hadiah-hadiah lain dalam pelbagai program yang telah diaturkan.
Untuk informasi selanjutnya, kunjungi laman web www.malaysiafest.org.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2019
Jojie berkata, produk pelancongan, pakej perjalanan, peluang pendidikan, kemudahan perubatan dan produk juga akan dipamerkan di program ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Festival Malaysia bawa keistimewaan negara ke Thailand
Malaysia Fest 2019 akan berlangsung di 'Central World' di Bangkok dari 20 hingga 23 Jun, bersempena dengan Summit Asean ke-34.