KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) menyasarkan untuk mengeluarkan sejumlah 75,000 tan makanan haiwan pada tahun ini berbanding 40,000 tan pada tahun lepas bagi menampung peningkatan permintaan ke atas daging lembu, kambing, arnab serta ayam.
Kumpulan itu menerusi anak syarikatnya, FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF), juga telah melancarkan Alma -- jenama makanan haiwan berkualiti tinggi yang menggunakan isirung sawit (PKC) pada Mac tahun lepas dalam usaha pengembangan perniagaan makanan haiwan yang berkhasiat.
Bercakap kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri FGV di sini, Ketua Perladangan Bersepadu Abdul Razak Aya berkata makanan haiwan jenama Alma yang menggunakan isirung sawit itu juga 20-30 peratus lebih murah berbanding produk lain.
"Kita dapati ada penternak telah mula menukar bahan makanan untuk binatang ternakan mereka kepada produk Alma. Oleh itu, kita menyasarkan untuk mengeluarkan sehingga 125,000 tan makanan ternakan menjelang 2024," katanya.
"Kandungan serat dalam dedak PKC adalah tinggi dan tidak sesuai untuk ayam. Namun, ada teknologi tertentu yang sedang kita usahakan bagi membolehkannya sesuai sebagai makanan ayam," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mohd Nazrul Izam Mansor berkata FGV berhasrat untuk berkembang melangkaui segmen perladangan bagi mewujudkan rantaian nilai sepenuhnya.
"FGV mempunyai penternak dan ladang Felda serta mahu membantu meningkatkan lagi produktiviti di ladang-ladang ini bagi mengurangkan kos penternakan," katanya.
Ditanya sama ada Malaysia mampu berdikari dari segi makanan haiwan, beliau berkata ini tidak mustahil memandangkan skala terbabit masih kecil.
Kerajaan sebelum ini berkata PKC dan usaha penanaman jagung akan menjadi alternatif kepada makanan ayam di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022
FGV mempunyai penternak dan ladang Felda serta mahu membantu meningkatkan lagi produktiviti di ladang-ladang ini bagi mengurangkan kos penternakan. - Foto fail
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli, Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
Keuntungan bersih FGV turun kepada RM103 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan perniagaan perladangan sebelum zakat dan cukai merosot daripada RM2.12 bilion kepada RM294.82 juta.
Syarikat milik FGV dianugerah RM12.6 juta kes tamat kontrak bina rumah pekerja
AIAC memutuskan Multazam Development membayar FGV Plantations RM12.52 juta.
FGV bayar balik RM72.2 juta yuran pengambilan kepada 19,673 pekerja migran
FGV membayar balik yuran pengambilan berjumlah RM72.2 juta kepada 19,673 pekerja migrannya dalam usaha menangani Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS.
FGV komited sokong agenda keselamatan makanan negara
Razak berkata sekiranya semua petani dapat menggandakan hasil, negara tidak perlu lagi bergantung kepada import.
LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan.
FGV di landasan capai 50 peratus dapur isi rumah Malaysia guna jenama makanannya pada 2030
Saji dinobatkan sebagai 'Jenama Terunggul dengan Pertambahan Pembeli Terbanyak pada 2022' oleh Kantar.
1.3 juta hektar tanaman sawit di Malaysia miliki MSPO - Fadillah
1.3 juta hektar tanaman sawit di negara ini telah dipersijilkan dengan MSPO, 661,844.12 hektar daripadanya milik pekebun kecil persendirian.
FGV lantik semula Shahrol Anuwar sebagai pengerusi interim
Shahrol Anuwar akan mengambil alih peranan baharu itu sehingga pelantikan pengerusi baharu oleh Pemegang Saham Khas FGV.
Keuntungan bersih FGV naik kepada RM1.32 bln untuk tahun kewangan 2022
Peningkatan disebabkan harga purata minyak sawit mentah yang lebih tinggi dan sumbangan lebih baik daripada logistik perniagaannya.