KUALA LUMPUR: Sutradara Mamat Khalid terus melakar kecemerlangan apabila buah tangan terbaharunya, filem 18 Puasa Di Kampong Pisang berjaya meraih kutipan RM2 juta dalam tempoh enam hari siaran di platform Astro First.

Jika sebelum ini watak Barboka menjadi bualan penonton, memasuki minggu kedua tayangan, ia menyaksikan watak baru yang diperkenalkan dalam francais tersebut, iaitu Tyson 2 lakonan Jaafar Onn turut menambat hati penonton menerusi dialognya "Mim Alif Kap Nun – Mati" di dalam salah satu babak di dalam filem tersebut.

"Ini juga adalah kemunculan semula oleh pelakon senior tersebut yang telah lama tidak muncul di dalam filem mahu pun drama," menurut Astro Shaw dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu di laman-laman media sosial, orang ramai berkongsi rasa terkesan dengan mesej yang disampaikan selepas menontonnya.

Antara perkongsian penonton selepas menonton filem 18 Puasa Di Kampong Pisang. - Foto Astro Shaw

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya dan Mamat  bersyukur filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mendapat sambutan luar biasa.

"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton yang telah menonton di Astro First. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat barisan pelakon dan kru yang telah menjayakan 18 Puasa Di Kampong Pisang sehingga ia menjadi satu fenomena dan mempunyai simbolik tersendiri yang sinonim dengan bulan puasa.

BACA: 18 Puasa Di Kampong Pisang: 3 hari tayangan raih RM1 juta

"Selepas ini jika kita sebut nama Barkoba, saya yakin pasti ramai yang terus mengaitkan dengan orang tidak berpuasa dan bulan Ramadan, manakala ‘plastik hitam’ simbolik francais 18 Puasa Di Kampong Pisang.

"Kejayaan ini diharap dapat menjadi pemangkin dalam industri filem tempatan untuk terus bergerak ke depan meskipun dalam era normal baharu bagi tayangan filem," katanya.

18 Puasa Di Kampung Pisang adalah gabungan daripada dua ‘masterpiece’pengarah Mamat Khalid, iaitu Kampong Pisang dan 16 & 17 Puasa.


AWANI Pagi: Kisah Di Sebalik '18 Puasa di Kampong Pisang'

Ia mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.

Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden.

Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.



Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang.

Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang?

Saksikan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang yang kini masih berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.