awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem Geran bukti produk tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa - Saifuddin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
18/08/2020
06:53 MYT
Filem Geran bukti produk tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa - Saifuddin
Filem Geran mengisahkan sebuah keluarga silat yang berjuang mempertahankan nama dan tanah pusaka daripada tergadai di tangan orang luar.
Pencapaian membanggakan filem tempatan Geran, mencerminkan keupayaan dan aspirasi industri perfileman negara ke arah ‘Road to Oscars’,’ kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.
Menurut beliau, pencapaian itu seiring dengan rangka kerja dan hala tuju Perbadanan Filem Nasional (FINAS) dalam memastikan sasaran tersebut satu realiti dalam jangka masa panjang.
“Usaha ini perlu diteruskan dalam memartabatkan industri perfileman di peringkat antarabangsa,” katanya ketika menyampaikan ucapan tahniah kepada pengarah filem Geran, Areel Abu Bakar seluruh kru produksi, serta syarikat terbitan Layar Pictures Sdn Bhd.
Filem Geran diumumkan merangkul anugerah kecemerlangan filem aksi 'Daniel A. Craft Award for Excellence in Action Cinema' di Festival Filem Asia New York (NYAFF) ke-19 di Amerika Syarikat.
“NYAFF yang akan bersiaran dalam talian melalui aplikasi Smart Cinema dari 28 Ogos hingga 12 September 2020, adalah festival filem berprestij di Amerika Syarikat yang mengangkat pembangunan seni dan budaya melalui jaringan sinema dunia.
“Kemenangan ini membuktikan bahawa industri perfileman negara mampu bersaing dan setaraf dengan filem-filem terbaik Asia,” katanya lagi.
KENYATAAN MEDIA Syabas dan tahniah kepada Areel Abu Bakar dan seluruh kru produksi filem tempatan, @FilemGeran yang merangkul anugerah 'Daniel A. Craft Award for Excellence in Action Cinema' di Festival Filem Asia New York @NYAFF ke-19! pic.twitter.com/GNugf3UFwu
— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) August 18, 2020
Geran mengisahkan sebuah keluarga silat yang berjuang mempertahankan nama dan tanah pusaka daripada tergadai di tangan orang luar.
Naskhah berkenaan mengupas bagaimana kekentalan keluarga berkenaan berjuang mempertahankan nama dan tanah pusaka mereka daripada tergadai selepas salah seorang ahli keluarga berkenaan membawa lari geran tanah.
Filem terbitan 2019 itu yang berdurasi selama 1 jam 41 minit dibintangi pelakon handalan tanah air seperti Namron, Khoharullah, Feiyna Tajudin, Fad Anuar, Azlan Komeng, dan ramai lagi.
BACA: "Geran" menang anugerah di Festival Filem Asia New York 2020
Topic Berkaitan
#air
#Amerika Syarikat
#Asia
#filem
#Filem Geran
#FINAS
#keluarga
#menteri
#New York
#Oscars
#Saifuddin Abdullah
#silat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan