awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Finas pandang serius isu-isu dikaitkan dengan penggiat industri kreatif

Bernama
Bernama
23/10/2020
10:51 MYT
Finas pandang serius isu-isu dikaitkan dengan penggiat industri kreatif
Menurut Zakaria, Finas beri kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas dalam membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan sistem perundangan negara. - Gambar fail BERNAMA
PUTRAJAYA:Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memandang serius isu melibatkan aktiviti pengubahan wang haram, perjudian dalam talian dan sindiket pelacuran yang dikaitkan dengan beberapa penggiat industri kreatif.
Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid berkata, ia memberi kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas dalam membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan sistem perundangan negara.
"Finas juga sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zakaria berkata, Finas juga sentiasa terbuka dan mengalu-alukan apa jua aduan serta pandangan daripada mana-mana organisasi dan individu bagi kebaikan industri kreatif negara.
Dalam pada itu, Finas turut mengingatkan semua pihak terutamanya pengguna laman media sosial agar tidak bertindak serkap jarang dalam membuat sebarang kenyataan yang boleh menjatuhkan kredibiliti penggiat industri kreatif. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#FINAS
#industri kreatif
#pengubahan wang haram
#perjudian dalam talian
#sindiket pelacuran
#industri kreatif negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan