PUTRAJAYA: Mahir menyembur minyak tanah dari mulut ke arah nyalaan api kecil sehingga menghasilkan bulatan api besar, Staf Sarjan Mad Zain Medol diberi kepercayaan mempersembahkan aksi kemahiran yang dimilikinya sejak usia remaja pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 (HKHM 2021) di Dataran Pahlawan Negara di sini pada 31 Ogos ini.
Terkenal dengan jolokan 'fire dragon', anak kelahiran Sabah berusia 38 tahun itu mengetuai Pasukan Pancaragam Kor Armor Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi acara drum line ATM akan menampilkan aksi yang menjadi faktor 'wow' pada HKHM 2021 itu.
HKHM 2021 bertemakan Malaysia Prihatin akan disiarkan secara maya pada 31 Ogos selain boleh ditonton di stesen televisyen tempatan, Facebook Live Merdeka360 dan Facebook Live Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
Berkongsi mengenai cabaran membuat persembahan semburan api, Mad Zain mengakui kemahiran yang dimiliki itu menuntut keberanian memandangkan semburan minyak tanah ke arah api boleh menyebabkan kecederaan pada anggota badan.
"Walaupun pernah tercedera, namun kecederaan itu saya anggap perkara biasa dan tidak melunturkan minat saya," katanya ketika ditemui Bernama semasa raptai HKHM 2021.
Menurut Mad Zain, beliau memiliki kemahiran tersebut sebelum menyertai ATM dan apabila diterima masuk berkhidmat pada 2003, ia menjadi platform kepadanya untuk mengasah dan menonjolkan bakat.
Bapa kepada tiga anak itu bukan sahaja menjadi hero kebanggaan anak-anaknya malah kemahiran serta keberanian yang dimiliki turut dikagumi rakan sepasukan yang berminat mempelajari teknik semburan api daripada beliau.
"Dalam ATM pula ada sediakan pelbagai kursus. Jadi saya ambil peluang untuk mengikuti kursus berkaitan selain berkongsi ilmu yang saya dapat dengan rakan sepasukan yang lain," katanya.
Mengenai persembahan pancaragam gabungan drum line ATM yang diserikan dengan elemen semburan api itu, Mad Zain berkata persembahan berdurasi selama enam minit itu disertai 128 anggota daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Beliau yang dipertanggungjawabkan sebagai Drum Major (komander lapangan) selain mengetuai perbarisan tongkat bermuzik dan persembahan semburan api berkata mereka telah mengadakan latihan kira-kira sebulan untuk memastikan kesempurnaan dalam persembahan.
Menurutnya, gabungan drum line ATM akan memainkan beberapa lagu patriotik dan akan turut menampilkan seni taekwando tempur tanpa senjata.
Sementara itu, Pegawai Waran II Angkatan Tentera Laut Azumu Zainal, 40, yang merupakan seorang daripada anggota pancaragam gabungan badan beruniform pelbagai agensi berkata walaupun peranan sebagai pembaling tongkat sering kali dimainkan, aspek latihan tetap menjadi keutamaan.
"Latihan ini perlu sebab masa persembahan kita mahu elakkan tongkat terjatuh akibat gagal disambut. Pernah juga tongkat yang dibaling terjatuh di atas kepala, leher dan dada sehingga cedera. Maka kita mahu elak perkara seumpama itu ketika persembahan," katanya sambil menunjukkan kesan cedera pada bahagian lehernya.
Pembaca Ikrar Rukun Negara, Penguasa Kanan Bomba II Siti Farizun Naim, 33, berkata beliau merupakan seorang daripada lapan petugas barisan hadapan yang akan membaca ikrar tersebut bagi mewakili seluruh pasukan beruniform yang berkhidmat tanpa kenal erti penat lelah ketika negara dilanda pandemik COVID-19.
"Ini kali pertama saya sertai Hari Kebangsaan dalam era pandemik COVID-19 yang mana aspek latihan sangat berbeza kerana kami semua perlu utamakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Ini pengalaman baharu bagi saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 28 2021
Menurut Mad Zain, beliau memiliki kemahiran tersebut sebelum menyertai ATM. - Foto BERNAMA
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
'Fire Dragon', pakar semburan api jadi faktor 'wow' pasukan pancaragam ATM
Mad Zain mengakui kemahiran yang dimiliki itu menuntut keberanian memandangkan semburan minyak tanah ke arah api.