KUALA LUMPUR: Syarikat Jerman di Malaysia menjangkakan tahun 2024 mencabar berikutan ketegangan geopolitik yang berlaku di seluruh dunia, kemerosotan ringgit dan kadar faedah yang tinggi, kata Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC)
Menurut tinjauan dwi-tahunan AHK World Business Outlook Fall 2023 MGCC yang fokus kepada sentimen firma Jerman yang beroperasi di Malaysia, mendedahkan bahawa 49 peratus syarikat dari negara itu berkata prospek untuk Malaysia tahun depan akan kekal sama, manakala 34 peratus berkata perkembangan ekonomi tempatan adalah positif.
Ditanya mengenai risiko ekonomi bagi syarikat dalam tempoh 12 bulan akan datang, 51 peratus responden berkata permintaan menjadi kebimbangan utama, diikuti kekurangan pekerja mahir (46 peratus) dan kadar pertukaran mata wang yang tinggi disebabkan kejatuhan ringgit (46 peratus).
Berdasarkan peristiwa global semasa, ramai responden meramalkan kadar faedah yang tinggi akan kekal di peringkat global, ia akan membebankan pelaburan dan pelabur baharu.
"Ketegangan geopolitik yang berterusan dan kebimbangan terhadap perairan Laut China Selatan yan sedang berlaku sekarang, ia adalah sesuatu yang tidak mengejutkan bahawa ketegangan geopolitik berada di kedudukan teratas dalam senarai. Menurut responden, perkara berkenaan akan memainkan peranan penting dalam membentuk kemajuan pada 2024.
"Satu lagi kebimbangan ialah halangan teknikal kepada perdagangan dan sekatan yang dilihat perniagaan sebagai halangan yang akan menjejaskan kestabilan rantaian bekalan," kata Pengarah Eksekutif MGCC Daniel Bernbeck dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Daripada segi perbelanjaan, majoriti responden (49 peratus) berkata pelaburan mereka akan kekal sama, 39 peratus responden berhasrat untuk meningkatkan pelaburan, 7.0 peratus akan mengurangkan pelaburan mereka di Malaysia dan 5.0 tidak mempunyai pelaburan yang dirancang untuk tahun akan datang.
Bagaimanapun, pelaburan yang besar dijangka dibuat dalam bidang pengeluaran dan pembuatan (46 peratus), jualan dan pemasaran (43 peratus) dan perkhidmatan seperti pusat perkhidmatan yang dkongsi (41 peratus).
Tinjauan Perniagaan Dunia AHK itu dalah berdasarkan tinjauan syarikat ahli Dewan Perniagaan Jerman Luar Negara, Pejabat Perwakilan dan Perwakilan (AHK) dalam kalangan lebih 40,000 syarikat yang menjadi ahlinya di 92 negara di seluruh dunia.
Bernbeck berkata dalam persekitaran ketidaktentuan global yang berlaku, Malaysia menerima pakai beberapa mekanisme termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan menjadi sebahagian daripada Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau serta Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik perjanjian perdagangan bebas, ia akan menyokong transformasi negara bersama-sama dengan ekonomi di seluruh dunia.
"Strategi ini pada masa yang sama akan memastikan Malaysia kekal relevan dan berdaya saing di peringkat global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
Antara faktor yang mempengaruhi cabaran itu adalah ketegangan geopolitik yang berlaku di seluruh dunia, kemerosotan ringgit dan kadar faedah tinggi. - Gamnbar fail
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Firma Jerman jangka tahun 2024 mencabar untuk Malaysia
Antara faktor yang mempengaruhi adalah ketegangan geopolitik yang berlaku di seluruh dunia, kemerosotan ringgit dan kadar faedah tinggi.