awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Firma ubat India diarah henti pengeluaran selepas kematian misteri di Cameroon

Bernama
Bernama
02/08/2023
14:27 MYT
Firma ubat India diarah henti pengeluaran selepas kematian misteri di Cameroon
Kementerian Kesihatan India berkata WHO telah mengeluarkan amaran dan meminta maklumat mengenai empat kes produk sirap yang dieksport dari India. - Gambar fail
ANKARA: Pengeluar ubat India Riemann Labs diminta menghentikan pengeluaran berikutan sirap batuk keluarannya dikatakan mempunyai kaitan dengan kematian dalam kalangan kanak-kanak di Cameroon.
Dalam jawapan bertulis yang dibacakan di Parlimen, Kementerian Kesihatan India berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran dan meminta maklumat mengenai empat kes produk sirap yang dieksport dari India.
"Susulan laporan itu, Pertubuhan Kawalan Standard Ubat-ubatan dengan penyelarasan Pengawal Ubat-ubatan Negeri menjalankan siasatan bersama," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.
Hasil pemeriksaan bersama di Riemann Labs di negeri Madhya Pradesh, pihak berkuasa mengarahkan firma itu menghentikan pembuatan, menurut kementerian itu.
Pada Jun, akhbar harian India Mint melaporkan lebih sedozen kanak-kanak meninggal dunia di Cameroon sejak beberapa bulan lalu, dengan pihak berkuasa mengaitkannya dengan sirap batuk yang dipercayai dikeluarkan oleh India.
India berada dalam dilema selepas sirap batuk keluarannya sering dikaitkan dengan kematian berpuluh-puluh kanak-kanak di negara asing.
Bulan lepas, pengawal selia ubat-ubatan India berkata mereka telah menghentikan pengeluaran di 31 firma.
Pada April, WHO mengeluarkan amaran mengenai sirap batuk tercemar keluaran syarikat India di Kepulauan Marshall dan Micronesia.
Sebelum itu, pada bulan Mac, pihak berkuasa kesihatan India membatalkan lesen Marion Biotech selepas sirap batuk keluaran syarikat ini dikaitkan dengan kematian sekurang-kurangnya 19 kanak-kanak di Uzbekistan tahun lepas.
Tiga orang ditahan berhubung kes itu.
Pada Februari, sebuah lagi firma India, Global Pharma Healthcare menarik balik ubat mata selepas Amerika Syarikat mengesan 55 kes mengalami kesan buruk, termasuk satu kematian.
Insiden di Uzbekistan itu menyusuli kes serupa di Gambia pada Oktober tahun lepas apabila WHO mengeluarkan amaran ke atas empat ubat tercemar yang dikaitkan dengan kecederaan buah pinggang akut dan 66 kematian kanak-kanak.
Sirap batuk dan selsema itu dikeluarkan oleh Maiden Pharmaceuticals Limited di India dan pengeluarannya telah dihentikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#firma ubat
#India
#ubat batuk
#kematian
#Cameroon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan