Mahkamah Sesyen Butterworth pada Khamis menetapkan 27 Mac depan untuk menyambung perbicaraan kes Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa memfitnah anggota keselamatan Bukit Kepong dalam ceramah di Tasek Gelugor pada Ogos 2011.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menangguh perbicaraan kes berkenaan kerana saksi terakhir, pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, tidak dapat hadir untuk memberi keterangan hari ini.
Meor berkata, penangguhan itu dibenarkan atas faktor kepentingan awam di mana kes tersebut mendapat liputan meluas media dan keterangan saksi terakhir itu akan membantu mahkamah dalam membuat keputusan.
Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, 60, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.
Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani memohon mahkamah menangguhkan perbicaraan kes berkenaan berikutan Kay Kim tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.
Beliau juga memberitahu pihaknya turut mengemukakan sapina kepada Kay Kim untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi menerusi e-mel.
Berikutan itu, peguam bela tertuduh, Mohamed Hanipa Maidin memohon mahkamah menolak permohonan itu atas alasan ia adalah kali kedua saksi gagal hadir ke mahkamah.
Astro Awani
Thu Feb 26 2015
Penangguhan kes Mat Sabu (gambar) dibenarkan atas faktor kepentingan awam di mana kes tersebut mendapat liputan meluas media.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
#PeristiwaHariIni: Balai Polis Bukit Kepong musnah diserang komunis (1950)
25 nyawa gugur mempertahankan Balai Polis tersebut selepas 5 jam bertempur dengan 180 anggota gerila Parti Komunis Malaya (PKM).
Dr Mahathir bertemu MB Johor
Pertemuan ini merupakan yang pertama selepas Dr Sahruddin mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 14 April yang lalu.
Produser tempatan tidak lagi berani buat filem patriotik sebab tiada jaminan
Jelasnya, masa tayangan filem patriotik pada tarikh keramat itu sangat penting dalam menarik perhatian penonton ke pawagam.
Isteri teringat hidangan terakhir Jins Shamsuddin
Petang Rabu yang mendung menjadi petang terakhir buat Puan Sri Halijah Abdullah menghidangkan juadah minum petang buat suaminya Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.
Jins Shamsuddin: "Bukit Kepong, Ali Setan akan terus menjadi ingatan"
Garis masa media sosial kini dibanjiri dengan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.
Isu Bukit Kepong: 31 Mac keputusan rayuan pembebasan Mat Sabu
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 31 Mac ini untuk membuat keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Mohamad Sabu dalam isu komunis Bukit Kepong.
5 filem patriotik adaptasi kisah benar wajib tonton Hari Kebangsaan ini
Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-59, Astro Gempak menyenaraikan lima filem patriotik wajib tonton!
'Baikpulih filem lama patut dibuat sejak 10 tahun dulu' - Kamil Othman
Usaha membaikpulih filem lama seperti yang dibuat ke atas filem Bukit Kepong oleh United Studios sepatutnya dibuat dari 10 tahun dahulu.
Negatif filem Bukit Kepong melekat antara cabaran baikpulih ke versi HD
Negatif filem Bukit Kepong ketika diterima oleh syarikat Prodigital Lab diakui berada dalam keadaan melekat dan tidak boleh diimbas.