awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fitnah Sultanah: Pemuda Pas gesa tindakan terhadap Sarawak Report

Bernama
Bernama
15/09/2018
20:50 MYT
Fitnah Sultanah: Pemuda Pas gesa tindakan terhadap Sarawak Report
Pemuda Pas menyokong gesaan Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu supaya Clare (gambar) memohon maaf kepada Sultanah Terengganu dan membetulkan fakta di dalam buku tersebut. - Gambar fail
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown memohon maaf kepada Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah susulan mengaitkan baginda dengan penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA).
Ketua Penerangannya, Hishamuddin Abdul Karim berkata fitnah yang terkandung dalam sebuah buku itu adalah satu lagi propaganda jahat terhadap Institusi Diraja seolah-olah wujud hubungan antara penerbit itu dengan pihak-pihak tertentu.
"Sehubungan itu, kami menyokong gesaan Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu supaya Clare memohon maaf kepada Sultanah Terengganu dan membetulkan fakta di dalam buku tersebut.
"Kami juga mendesak Kementerian Dalam Negeri bertindak menahan edaran buku tersebut sehingga fitnah tersebut dipadamkan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata sebarang kelewatan atau kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bertindak ke atas kes ini akan menguatkan lagi kesangsian terhadap penghormatan, perakuan dan pemeliharaan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu.
"Adalah ditegaskan bahawa kami berdiri teguh di belakang institusi ini daripada sebarang usaha mencalar maruah dan menggugatnya," katanya.
BACA: Jho Low cuba halang penerbitan buku dedah skandal 1MDB
Pada Jumaat, Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu berkata kenyataan dalam buku "The Sarawak Report: The Inside Story of The 1MDB Expose" dilancarkan pada 8 Sept lepas yang mengaitkan Sultanah Terengganu dalam isu berkenaan adalah tidak benar sama sekali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#Buku
#Clare Rewcastle Brown
#Dewan Pangkuan Diraja Terengganu
#fitnah
#institusi diraja
#Kementerian Dalam Negeri
#Maaf
#Pemuda Pas
#propaganda jahat
#Sarawak Report
#Sultanah Nur Zahirah
#Sultanah Terengganu
#Terengganu Investment Authority
#TIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan